1 00:00:06,756 --> 00:00:09,384 Kumpulan untuk tempat pertama ialah… 2 00:00:11,177 --> 00:00:12,137 RESTORAN CINA TIGA GANDA 3 00:00:12,220 --> 00:00:14,556 Rasanya kami ada peluang. 4 00:00:14,639 --> 00:00:15,640 GERAI JUTAWAN MELAMPAU 5 00:00:16,224 --> 00:00:17,851 Saya tak gementar langsung. 6 00:00:17,934 --> 00:00:18,935 RESTORAN ENCIK JANG 7 00:00:19,019 --> 00:00:20,478 Ya, kami akan menang. 8 00:00:22,564 --> 00:00:23,773 Kumpulan di tempat pertama ialah 9 00:00:24,524 --> 00:00:25,734 Kumpulan… 10 00:00:26,735 --> 00:00:27,777 Choi Hyun-seok. 11 00:00:27,861 --> 00:00:30,864 Semua ahli Kumpulan Choi Hyun-seok selamat. 12 00:00:31,614 --> 00:00:32,699 Syabas, semua. 13 00:00:32,782 --> 00:00:34,576 TEMPAT PERTAMA: KUMPULAN CHOI HYUN-SEOK JUMLAH JUALAN: 4,774,000 WON 14 00:00:34,659 --> 00:00:36,244 Syabas, semua. 15 00:00:36,828 --> 00:00:39,706 - Kita buat dengan baik. - Syabas. 16 00:00:42,125 --> 00:00:46,046 TEMPAT KE-2: KUMPULAN TIGA BINTANG JUMLAH JUALAN: 2,220,000 WON 17 00:00:46,629 --> 00:00:51,718 TEMPAT KE-3: KUMPULAN EDWARD LEE JUMLAH JUALAN: 1,498,100 WON 18 00:00:51,801 --> 00:00:56,347 Pada mulanya, nampak seperti Cef Choi 19 00:00:57,015 --> 00:01:01,019 mengetuai pemilihan menu dan penerangan konsep seorang diri, 20 00:01:01,102 --> 00:01:04,606 tapi kerjasama kamu lebih baik daripada kumpulan lain 21 00:01:04,689 --> 00:01:08,443 dan kami boleh nampak keunikan setiap ahli kumpulan dengan jelas. 22 00:01:08,526 --> 00:01:11,613 Konsep kamu bagus dan kamu menetapkan harga dengan baik. 23 00:01:11,696 --> 00:01:14,949 Kamu kekal stabil dari mula sehingga akhir. 24 00:01:15,450 --> 00:01:19,454 Kamu sangat cemerlang dalam Misi Restoran. 25 00:01:19,537 --> 00:01:20,789 Tahniah. 26 00:01:20,872 --> 00:01:21,873 Tahniah. 27 00:01:22,832 --> 00:01:23,958 - Terima kasih. - Terima kasih. 28 00:01:34,385 --> 00:01:39,182 Maruah saya tercalar, tapi ini membuktikan rancangan mereka berjaya. 29 00:01:39,265 --> 00:01:41,810 Apa yang penting untuk merealisasikan strategi 30 00:01:41,893 --> 00:01:44,979 adalah kebolehan ahli kumpulan untuk melaksanakannya. 31 00:01:45,063 --> 00:01:48,274 Saya cuma memimpin kami ke arah yang betul. 32 00:01:48,358 --> 00:01:52,195 Tapi ahli kumpulan saya yang buat rancangan kami berjaya. 33 00:01:53,488 --> 00:01:55,532 Saya tahu kami akan menang. 34 00:01:55,615 --> 00:01:59,577 KUMPULAN CHOI HYUN-SEOK SEMUA SELAMAT 35 00:01:59,661 --> 00:02:01,287 Kita buat dengan baik. 36 00:02:01,371 --> 00:02:04,374 Kita buat pelanggan kita gembira. 37 00:02:05,500 --> 00:02:08,253 Sekarang, tinggal empat tempat kosong 38 00:02:08,878 --> 00:02:13,633 di meja peserta terselamat untuk Pertarungan Lapan Peserta Teratas. 39 00:02:14,217 --> 00:02:16,052 4 PESERTA DIPILIH BERDASARKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN, MEMASAK DAN SUMBANGAN 40 00:02:16,136 --> 00:02:20,974 Kami akan mengumumkan peserta terselamat daripada kumpulan di tempat ke-2 dan ke-3. 41 00:02:23,143 --> 00:02:25,728 Antara restoran di tempat ke-2 dan ke-3, 42 00:02:26,563 --> 00:02:30,650 cef pertama yang selamat ialah… 43 00:02:31,234 --> 00:02:32,986 Saya tahu bukan semua boleh mara, 44 00:02:33,069 --> 00:02:37,615 tapi ada kemungkinan tiga orang daripada kami boleh mara. 45 00:02:37,699 --> 00:02:42,328 Semuanya dah tamat. Kami dah buat terbaik dan saya bangga dengan kumpulan saya. 46 00:02:42,912 --> 00:02:45,331 Cef pertama yang selamat ialah… 47 00:02:48,877 --> 00:02:50,378 …Cef Jung Ji-sun. 48 00:02:55,592 --> 00:03:00,054 Kami memang rancang untuk beri satu tempat kepada cef 49 00:03:00,138 --> 00:03:02,265 yang bertanggungjawab untuk menu terlaris 50 00:03:02,348 --> 00:03:03,933 dan itu hidangan dia. 51 00:03:04,017 --> 00:03:06,728 HIDANGAN TERLARIS: 39 PESANAN "DIM SUM UDANG KRIM MALA" 52 00:03:06,811 --> 00:03:10,398 Memerhatikan reaksi pelanggan sangat penting ketika berniaga, 53 00:03:10,481 --> 00:03:12,984 seperti memeriksa jika ada makanan tak dihabiskan 54 00:03:13,067 --> 00:03:16,446 daripada hidangan saya atau orang lain masak. 55 00:03:16,946 --> 00:03:18,907 Dia orang pertama yang buat begitu. 56 00:03:19,490 --> 00:03:20,950 Jadi saya tahu dia perlu mara. 57 00:03:21,534 --> 00:03:23,620 Saya sebak memikirkan apa kami lalui bersama. 58 00:03:23,703 --> 00:03:25,079 Saya juga rasa bersalah. 59 00:03:25,955 --> 00:03:27,498 - Syabas. - Terima kasih. 60 00:03:30,752 --> 00:03:32,378 Peserta seterusnya 61 00:03:32,962 --> 00:03:35,298 yang akan isi satu daripada tiga tempat kosong ialah… 62 00:03:42,222 --> 00:03:43,348 Tiga Bintang. 63 00:03:44,682 --> 00:03:45,683 Tahniah. 64 00:03:51,564 --> 00:03:54,275 Kami kagum dengan kepimpinan awak yang teguh dalam diam 65 00:03:54,359 --> 00:03:57,695 yang ditunjukkan sepanjang malam ketika buat persediaan. 66 00:03:57,779 --> 00:04:02,200 Kami beri markah tinggi kerana kami rasa sangat penting bagi seorang ketua 67 00:04:03,534 --> 00:04:04,994 untuk bertanggungjawab. 68 00:04:05,745 --> 00:04:11,542 Saya berat hati memikirkan saya tak mampu bawa kejayaan kepada kumpulan saya. 69 00:04:12,585 --> 00:04:14,295 Peserta seterusnya 70 00:04:14,963 --> 00:04:17,423 yang akan isi satu daripada dua tempat yang tinggal 71 00:04:18,675 --> 00:04:20,718 ialah seseorang yang telah tunjuk 72 00:04:20,802 --> 00:04:23,263 kemampuan mereka untuk buat apa yang perlu dilakukan 73 00:04:23,763 --> 00:04:26,975 supaya restoran berjalan lancar. 74 00:04:27,558 --> 00:04:29,102 Peserta ketiga yang selamat ialah… 75 00:04:31,312 --> 00:04:32,563 Napoli Matfia. 76 00:04:35,775 --> 00:04:36,609 Tahniah. 77 00:04:39,821 --> 00:04:44,909 Sebenarnya, saya ahli termuda dalam kumpulan saya, 78 00:04:45,618 --> 00:04:46,703 jadi saya… 79 00:04:56,004 --> 00:04:58,548 Tak mengapa. Jangan menangis. 80 00:04:58,631 --> 00:04:59,799 Awak dah buat terbaik. 81 00:05:09,058 --> 00:05:11,144 Boleh saya cakap sesuatu bagi pihak dia? 82 00:05:13,271 --> 00:05:16,065 Jadi cabaran ini sangat sukar bagi saya. 83 00:05:18,318 --> 00:05:22,447 Saya bukan dari sini, saya tak tahu apa-apa tentang pasar di sini. 84 00:05:22,530 --> 00:05:25,116 Saya juga tak fasih, tak tahu harga pasaran di sini. 85 00:05:25,199 --> 00:05:26,492 Saya banyak bergantung pada dia 86 00:05:27,327 --> 00:05:30,413 dan dia rakan terbaik dalam cabaran ini. 87 00:05:32,040 --> 00:05:34,834 Apabila fikir tentang tiga peserta yang lain, 88 00:05:34,917 --> 00:05:39,130 terutama dua cef di sebelah saya yang hampir sebaya dengan mak saya, 89 00:05:39,213 --> 00:05:42,633 saya tak boleh berhenti menangis. 90 00:05:43,134 --> 00:05:45,470 Saya bangga dapat bekerja dengan awak. 91 00:05:45,553 --> 00:05:47,472 - Syabas. - Tahniah. 92 00:05:48,139 --> 00:05:50,391 - Syabas. Tahniah. - Tahniah. 93 00:05:52,852 --> 00:05:55,313 Cef Napoli Matfia dah buat terbaik. 94 00:05:55,396 --> 00:05:59,400 Saya gembira dia dapat mara ke pusingan seterusnya. 95 00:06:00,276 --> 00:06:01,611 Peserta terakhir 96 00:06:02,612 --> 00:06:04,238 yang akan isi tempat terakhir ialah… 97 00:06:10,244 --> 00:06:11,579 Cef Edward Lee. 98 00:06:16,751 --> 00:06:17,752 Tahniah. 99 00:06:18,544 --> 00:06:21,756 Kami beri markah yang sangat tinggi kepada awak 100 00:06:21,839 --> 00:06:25,468 bagi pendekatan awak sebagai cef ideal yang berkomunikasi dengan pelanggan 101 00:06:25,551 --> 00:06:30,348 dan mengubah suai hidangan mengikut kemahuan pelanggan. 102 00:06:31,099 --> 00:06:35,186 Pengalaman ini sangat istimewa bagi saya 103 00:06:35,269 --> 00:06:39,273 kerana saya dapat memasak untuk pelanggan dari pelbagai peringkat umur 104 00:06:39,357 --> 00:06:41,109 daripada generasi berbeza. 105 00:06:41,192 --> 00:06:42,276 Terima kasih, cef. 106 00:06:42,985 --> 00:06:44,862 - Saya banyak belajar. - Tentu awak letih. 107 00:06:44,946 --> 00:06:46,906 LEE YEONG-SUK, KETUA MAKANAN SEKOLAH TERSINGKIR 108 00:06:46,989 --> 00:06:49,117 - Saya perlu pergi masak sekarang. - Betul. 109 00:06:49,200 --> 00:06:50,952 Untuk budak-budak sekolah. 110 00:06:51,035 --> 00:06:52,370 Kamu berdua bekerja keras. 111 00:06:53,788 --> 00:06:55,039 Saya tiada penyesalan. 112 00:06:55,123 --> 00:07:00,086 Saya dah sampai sejauh ini dan belajar banyak perkara. 113 00:07:00,169 --> 00:07:01,712 Ini satu penghormatan. 114 00:07:01,796 --> 00:07:03,965 Saya seorang yang berjaya sekarang. 115 00:07:05,216 --> 00:07:06,092 Syabas. 116 00:07:06,634 --> 00:07:08,136 - Saya belajar banyak. - Awak buat terbaik. 117 00:07:08,219 --> 00:07:11,055 NAM JEONG-SEOK, CEF LAUK-PAUK TERSINGKIR 118 00:07:11,931 --> 00:07:15,685 Saya dah buat terbaik, jadi saya rasa lega. 119 00:07:16,185 --> 00:07:19,730 Saya gembira kerana dapat berjumpa orang-orang hebat di sini. 120 00:07:20,231 --> 00:07:25,695 Sekarang, Lapan Peserta Teratas di sini akan mara ke pusingan separuh akhir. 121 00:07:26,195 --> 00:07:27,989 CULINARY CLASS WARS 122 00:07:28,072 --> 00:07:29,740 8 PESERTA TERATAS CULINARY CLASS WAR 123 00:07:29,824 --> 00:07:32,285 CHOI HYUN-SEOK, JANG HO-JOON, JUNG JI-SUN, EDWARD LEE 124 00:07:32,368 --> 00:07:35,121 TIGA BINTANG, TUKANG MASAK MANIA, MAK CIK OMAKASE #1, NAPOLI MATFIA 125 00:07:37,331 --> 00:07:41,669 Lapan cef di sini terpilih daripada seratus orang cef. 126 00:07:43,838 --> 00:07:46,674 Sejujurnya, tiada sesiapa antara kami 127 00:07:46,757 --> 00:07:49,969 yang tak layak berada di sini. 128 00:07:52,555 --> 00:07:54,056 Sekarang, telah tiba masa 129 00:07:55,057 --> 00:07:59,270 untuk memperkenalkan cef yang berjaya masuk Lapan Peserta Teratas. 130 00:08:00,730 --> 00:08:02,857 Cef selebriti kegemaran Korea, 131 00:08:03,566 --> 00:08:05,735 ketua yang baik tetapi berkarisma, 132 00:08:06,736 --> 00:08:09,280 Cef Sudu Putih Choi Hyun-seok. 133 00:08:14,744 --> 00:08:17,788 Pengalaman dia memang tak dapat ditandingi. 134 00:08:18,789 --> 00:08:23,836 Faktor terbesar bagi kemenangan kami adalah kerana dia ketua kumpulan kami. 135 00:08:23,920 --> 00:08:25,421 Rasanya saya yang akan menang. 136 00:08:28,007 --> 00:08:30,384 Lapan Peserta Teratas yang kedua ialah… 137 00:08:32,136 --> 00:08:34,388 Dari mana orang gila macam dia datang? 138 00:08:35,681 --> 00:08:37,391 Adakah dia betul-betul gila? 139 00:08:38,392 --> 00:08:40,561 Sudah lihat kemahiran pisau dan memasak dia? 140 00:08:41,479 --> 00:08:44,232 …cef yang dipilih oleh peserta sebagai calon juara, 141 00:08:44,315 --> 00:08:46,400 Cef Sudu Hitam Tiga Bintang. 142 00:08:50,154 --> 00:08:52,281 Saya dah sampai sejauh ini, jadi saya akan cuba menang. 143 00:08:54,242 --> 00:08:59,205 Ketiga, cef selebriti wanita masakan Cina pertama di Korea, 144 00:08:59,914 --> 00:09:02,458 Kumpulan Sudu Putih Jung Ji-sun. 145 00:09:03,292 --> 00:09:06,420 Cef Jung macam pejuang memasak. 146 00:09:06,504 --> 00:09:07,838 Dia tak boleh disingkirkan. 147 00:09:07,922 --> 00:09:09,966 Saya dah sampai sejauh ini, saya akan bertahan sampai akhir. 148 00:09:10,633 --> 00:09:13,177 Keempat, lelaki yang gilakan memasak, 149 00:09:14,220 --> 00:09:16,681 Cef Sudu Hitam Tukang Masak Mania. 150 00:09:17,807 --> 00:09:22,645 Saya akan membuktikan kenapa gelaran saya Mania dan saya memang gila memasak. 151 00:09:23,145 --> 00:09:26,649 Kelima, cef omakase masakan Korea pertama, 152 00:09:27,149 --> 00:09:29,652 Cef Sudu Hitam Mak Cik Omakase #1. 153 00:09:31,404 --> 00:09:33,489 Tak boleh lawan pengalaman dia. 154 00:09:33,573 --> 00:09:36,492 Keenam, legenda masakan Jepun, 155 00:09:36,576 --> 00:09:39,036 Cef Sudu Putih Jang Ho-joon. 156 00:09:40,037 --> 00:09:42,540 Saya sudah hampir dengan kemenangan. 157 00:09:42,623 --> 00:09:45,543 Saya cuma perlu kalahkan tujuh cef yang lain. 158 00:09:48,212 --> 00:09:49,839 Ketujuh, cef-pemilik 159 00:09:49,922 --> 00:09:53,801 restoran masakan Itali paling terkenal di Korea, 160 00:09:53,884 --> 00:09:56,304 Cef Sudu Hitam Napoli Matfia. 161 00:09:58,389 --> 00:10:01,058 Sebenarnya, saya tak takut dengan mana-mana peserta. 162 00:10:01,142 --> 00:10:02,518 Saya tahu saya boleh kalahkan mereka. 163 00:10:04,729 --> 00:10:07,356 Lapan Peserta Teratas terakhir. 164 00:10:08,024 --> 00:10:10,735 Seorang cef Jamuan Makan Rumah Putih, 165 00:10:11,319 --> 00:10:13,738 Cef Sudu Putih Edward Lee. 166 00:10:13,821 --> 00:10:17,283 Pemenang Iron Chef. Ia pencapaian yang sangat mengagumkan. 167 00:10:17,992 --> 00:10:19,952 Dia akan mara dengan mudah. 168 00:10:20,536 --> 00:10:21,704 Ini tak mencukupi. 169 00:10:22,330 --> 00:10:26,417 Kami perlu mara, teruskan berusaha, teruskan memasak, 170 00:10:26,500 --> 00:10:29,420 dan tunjuk kepada juri sebab saya berada di sini. 171 00:10:33,257 --> 00:10:37,053 Daripada lapan peserta di sini, 172 00:10:37,637 --> 00:10:40,931 jumlah peserta yang akan mara ke pusingan akhir ialah… 173 00:10:44,060 --> 00:10:45,061 Apa? 174 00:10:47,730 --> 00:10:49,148 Berapa? 175 00:10:50,316 --> 00:10:51,484 …hanya 176 00:10:51,567 --> 00:10:52,985 …dua orang. 177 00:10:58,532 --> 00:10:59,950 - Dua orang? - Dua orang? 178 00:11:05,289 --> 00:11:07,083 Hanya dua orang. 179 00:11:07,166 --> 00:11:08,459 Itu lebih sedikit daripada dijangkakan. 180 00:11:10,127 --> 00:11:13,255 Dua Peserta Teratas yang akan bersaing dalam pusingan akhir 181 00:11:13,756 --> 00:11:16,801 akan ditentukan melalui dua misi. 182 00:11:17,885 --> 00:11:20,388 Dalam misi ini, 183 00:11:20,471 --> 00:11:25,142 hanya cef yang mengambil tempat pertama 184 00:11:25,226 --> 00:11:27,978 akan mara serta-merta ke pusingan akhir. 185 00:11:29,313 --> 00:11:30,189 Tak mungkin. 186 00:11:31,357 --> 00:11:33,484 Tema untuk misi pertama 187 00:11:34,693 --> 00:11:36,946 ialah Masak Hidup Anda. 188 00:11:38,572 --> 00:11:41,575 Hidup saya? 189 00:11:42,576 --> 00:11:49,375 Dalam misi ini, anda perlu menggambarkan hidup anda melalui satu hidangan. 190 00:11:50,835 --> 00:11:54,171 Saya terlalu sibuk dan tak pernah fikir tentang hidup saya. 191 00:11:54,255 --> 00:11:56,590 Kami memang akan lihat kemahiran memasak mereka, 192 00:11:56,674 --> 00:12:00,928 tapi ini lebih kepada bagaimana hidangan mereka berhubung dengan hidup mereka. 193 00:12:01,011 --> 00:12:04,140 Bak kata pepatah, "nafas kehidupan". 194 00:12:04,723 --> 00:12:10,521 Tapi saya akan tolak markah jika cerita itu keterlaluan 195 00:12:10,604 --> 00:12:12,356 sebab itu yang saya paling benci. 196 00:12:16,777 --> 00:12:19,363 Kelas kami sudah tak penting sekarang. 197 00:12:19,864 --> 00:12:22,700 Saya nak kalahkan mereka dengan bersenjatakan masakan saya. 198 00:12:22,783 --> 00:12:25,578 Saya dah sampai sejauh ini, jadi saya semakin nak menang. 199 00:12:26,287 --> 00:12:28,664 Yang pasti, orang paling berbakat yang akan mara. 200 00:12:34,003 --> 00:12:35,754 Sekarang, tiba masa 201 00:12:35,838 --> 00:12:40,092 untuk memulakan pertarungan Masak Hidup Anda. 202 00:12:42,052 --> 00:12:43,554 - Semoga berjaya! - Semangat! 203 00:12:53,939 --> 00:12:56,734 Apa hidangan yang menggambarkan hidup awak? 204 00:12:56,817 --> 00:12:58,235 - Saya ada banyak. - Terlalu banyak? 205 00:12:58,319 --> 00:13:02,323 Kalau saya bertanding, tentu sukar untuk saya pilih satu. 206 00:13:03,240 --> 00:13:05,659 Mungkin hidangan yang jadi titik perubahan hidup mereka. 207 00:13:05,743 --> 00:13:07,620 Ataupun satu kenangan buruk. 208 00:13:07,703 --> 00:13:10,414 - Betul. - Masakan boleh jadi satu memori buruk. 209 00:13:10,915 --> 00:13:12,458 Atau hidangan terbaik mereka 210 00:13:13,083 --> 00:13:16,045 yang buat mereka jadi cef seperti sekarang. 211 00:13:16,545 --> 00:13:20,132 Kita akan rasa pengalaman hidup lapan cef di sini hari ini. 212 00:13:20,841 --> 00:13:23,469 - Seolah-olah kita dalam hidup mereka? - Betul. 213 00:13:27,598 --> 00:13:30,935 Yang menarik tentang Tukang Masak Mania 214 00:13:31,685 --> 00:13:33,270 dan Cef Jang Ho-joon, 215 00:13:33,771 --> 00:13:36,899 mereka mula dengan banyak bawang di sisi mereka. 216 00:13:36,982 --> 00:13:38,734 Mereka juga duduk berhadapan. 217 00:13:40,152 --> 00:13:44,448 Bawang adalah bahan utama dalam hidangan saya hari ini. 218 00:13:44,532 --> 00:13:47,535 Ini satu hidangan dengan rasa di luar jangkaan, 219 00:13:47,618 --> 00:13:52,081 jadi saya rasa juri akan beri markah tinggi untuk itu. 220 00:13:59,296 --> 00:14:00,798 Saya tak nak melebih-lebih. 221 00:14:00,881 --> 00:14:04,176 Saya cuma nak buat hidangan yang menunjukkan diri saya yang sebenar 222 00:14:04,260 --> 00:14:06,971 menggunakan bahan yang serupa dengan saya. 223 00:14:10,015 --> 00:14:13,561 Selepas tema diumumkan, saya terus terfikir hidangan ini. 224 00:14:13,644 --> 00:14:15,896 Saya dah buat hidangan ini selama 20 tahun 225 00:14:15,980 --> 00:14:19,066 dan saya ada buat ini juga siang tadi. 226 00:14:19,858 --> 00:14:21,986 Saya tak perlu fikir panjang. 227 00:14:26,490 --> 00:14:28,117 Saya akan buat hidangan 228 00:14:28,826 --> 00:14:33,038 yang menggambarkan waktu saya di Amerika, iaitu waktu paling sukar, 229 00:14:34,081 --> 00:14:37,084 tapi paling bermakna kerana saya dapat banyak pengalaman di sana. 230 00:14:39,545 --> 00:14:42,548 Bahan-bahan dia paling sedikit berbanding yang lain. 231 00:14:42,631 --> 00:14:44,258 Macam tiada apa-apa. 232 00:14:44,341 --> 00:14:46,635 Rasanya dia akan masak hidangan ringkas. 233 00:14:48,762 --> 00:14:50,389 Itu kepah dan mentega. 234 00:14:53,309 --> 00:14:55,519 Mungkin dia nak buat pasta dengan kepah. 235 00:14:56,020 --> 00:14:58,814 Awak maksudkan vongole, pasta paling asas? 236 00:15:00,107 --> 00:15:03,861 Bukankah Napoli Matfia pun terkenal dengan pasta? 237 00:15:04,361 --> 00:15:06,113 - Dia sedang menguli. - Betul. 238 00:15:07,072 --> 00:15:08,365 Itu bukan doh biasa. 239 00:15:08,449 --> 00:15:10,451 Hidangan mereka mungkin bertindih. 240 00:15:10,534 --> 00:15:15,789 Sebagai cef yang mengendalikan restoran pasta segar terkenal, 241 00:15:16,415 --> 00:15:18,417 saya ingin tunjuk banyak perkara. 242 00:15:26,675 --> 00:15:29,219 Cef Jung Ji-sun tentu buat masakan Cina, 243 00:15:29,303 --> 00:15:31,305 tapi dia sedang potong ikan kuku 244 00:15:31,805 --> 00:15:33,307 - macam sasyimi. - Itulah. 245 00:15:37,645 --> 00:15:39,688 Hanya saya cef masakan Cina yang selamat, 246 00:15:42,066 --> 00:15:44,360 jadi saya nak tunjuk apa itu masakan Cina. 247 00:15:45,027 --> 00:15:47,071 Cef Edward guna periuk nasi? 248 00:15:47,154 --> 00:15:49,073 - Yang berasap itu? - Ya, itu nasi. 249 00:15:49,156 --> 00:15:51,325 - Saya sangka dia buat masakan Barat. - Itu tak dijangkakan. 250 00:15:53,118 --> 00:15:58,457 Hari ini, saya akan buat bibimbap, tapi bibimbap istimewa. 251 00:16:00,876 --> 00:16:01,919 Ini macam belum masak. 252 00:16:04,421 --> 00:16:05,464 Sudah masak. 253 00:16:06,757 --> 00:16:09,426 Saya suka lihat mereka masak dengan serius. 254 00:16:10,427 --> 00:16:12,304 Cef nampak paling hebat ketika masak. 255 00:16:13,847 --> 00:16:16,892 Anda tinggal tiga minit. 256 00:16:18,060 --> 00:16:19,103 Cepatnya masa berlalu. 257 00:16:28,237 --> 00:16:31,240 Anda tinggal satu minit. 258 00:16:42,876 --> 00:16:46,922 Misi pertama pusingan separuh akhir, pertarungan Masak Hidup Anda, 259 00:16:47,548 --> 00:16:49,341 telah tamat. 260 00:16:54,388 --> 00:16:58,017 Hidangan akan dinilai oleh juri satu demi satu. 261 00:17:11,989 --> 00:17:15,868 Cef Jung Ji-sun, sila bergerak ke meja juri. 262 00:17:17,202 --> 00:17:19,580 Saya perlu masak gambaran hidup saya, 263 00:17:20,164 --> 00:17:24,334 jadi saya kenang semula waktu dulu dan fikirkan masakan 264 00:17:25,961 --> 00:17:29,423 yang buat saya jatuh cinta dengan masakan Cina. 265 00:17:43,687 --> 00:17:48,150 Nama hidangan ini ialah songshu guiyu. 266 00:17:48,233 --> 00:17:50,069 Ini ikan yang digoreng 267 00:17:50,152 --> 00:17:53,447 dan namanya datang daripada bentuknya yang seperti tupai. 268 00:17:57,326 --> 00:17:58,911 Sebab saya buat hidangan ini adalah 269 00:17:58,994 --> 00:18:02,456 hidangan ini salah satu titik perubahan ketika saya dalam kesukaran 270 00:18:02,539 --> 00:18:05,167 untuk menentukan laluan kerjaya ketika berusia 20-an. 271 00:18:05,250 --> 00:18:10,923 Cef wanita jarang jadi ketua cef di dapur, 272 00:18:11,006 --> 00:18:14,343 jadi saya sentiasa bersendirian dan itu sangat sukar bagi saya. 273 00:18:15,135 --> 00:18:16,678 Kemudian, saya pergi ke China 274 00:18:16,762 --> 00:18:19,389 dan hidangan pertama saya belajar buat ialah songshu guiyu. 275 00:18:20,808 --> 00:18:23,769 Saya kagum dengan kecermatan dan kemewahannya. 276 00:18:25,604 --> 00:18:31,360 Ia sangat berbeza daripada masakan Cina saya lihat di Korea. 277 00:18:44,414 --> 00:18:47,876 Saya tahu saya akan jadi cef lebih baik kalau boleh masak hidangan sebegini. 278 00:18:48,460 --> 00:18:51,755 Jadi saya rasa hidangan ini yang buat saya kekal 279 00:18:51,839 --> 00:18:54,967 dan meneruskan kerjaya saya dalam masakan Cina. 280 00:18:55,717 --> 00:18:57,719 Maksudnya, tanpa hidangan ini, 281 00:18:57,803 --> 00:18:59,555 awak mungkin pilih laluan lain. 282 00:19:00,139 --> 00:19:03,058 Mungkin saya akan pilih untuk tak memasak. 283 00:19:03,809 --> 00:19:04,768 - Betulkah? - Ya, 284 00:19:04,852 --> 00:19:08,147 sebab sebagai cef wanita, saya sentiasa sendirian dalam dapur 285 00:19:08,230 --> 00:19:10,566 dan dikelilingi ramai cef lelaki. 286 00:19:10,649 --> 00:19:14,194 Teknik hidangan ini yang buat saya meneruskan ini. 287 00:19:14,278 --> 00:19:15,946 Saya tak perlukan banyak peralatan. 288 00:19:16,029 --> 00:19:17,656 - Betul. - Cuma perlu kuali, senduk 289 00:19:17,739 --> 00:19:20,492 dan pisau untuk menghasilkan hidangan yang mewah. 290 00:19:20,576 --> 00:19:23,245 Saya berbangga dengan itu. 291 00:19:24,538 --> 00:19:25,539 Saya tak sabar untuk ini. 292 00:19:26,498 --> 00:19:28,000 Saya pun akan makan. 293 00:19:28,083 --> 00:19:30,002 Tak sabar nak rasa. 294 00:19:32,588 --> 00:19:36,884 Hidangan ikan sebegini tak mudah untuk dibuat. 295 00:19:58,113 --> 00:20:00,699 Ikan kuku boleh jadi keras kalau tak dimasak dengan elok. 296 00:20:21,470 --> 00:20:23,180 Awak letak apa di dalam sos ini? 297 00:20:23,680 --> 00:20:25,724 - Saya ubah suai sedikit. - Bagaimana? 298 00:20:25,807 --> 00:20:28,518 Selalunya sos cili digunakan, 299 00:20:28,602 --> 00:20:31,396 tapi saya bakar sedikit cili merah di dalam minyak, 300 00:20:32,356 --> 00:20:33,732 saya kisar, 301 00:20:33,815 --> 00:20:37,819 kemudian campur doubanjiang dan sos tomato dan biar mendidih. 302 00:20:39,112 --> 00:20:40,489 Ada sebab tertentu 303 00:20:40,572 --> 00:20:44,952 kenapa awak ubah suai dan tak guna sos tradisional? 304 00:20:45,035 --> 00:20:48,121 Hidangan ini selalunya rasa manis dan masam, 305 00:20:48,205 --> 00:20:49,998 tapi saya rasa ini perlu rasa pedas 306 00:20:50,082 --> 00:20:52,542 untuk seseorang yang ingin makan ini sampai habis. 307 00:20:52,626 --> 00:20:55,337 - Jadi saya rebus dengan cili kisar. - Begitu. 308 00:20:56,213 --> 00:20:57,339 Terima kasih. 309 00:20:57,923 --> 00:20:58,924 Syabas. 310 00:21:00,842 --> 00:21:02,469 Juri, 311 00:21:02,552 --> 00:21:06,348 sila masukkan markah anda untuk Cef Jung Ji-sun. 312 00:21:06,848 --> 00:21:11,186 SETIAP JURI AKAN BERI MARKAH DARIPADA 100 313 00:21:11,270 --> 00:21:13,480 SELEPAS CAMPUR MARKAH DARIPADA KEDUA-DUA JURI 314 00:21:13,563 --> 00:21:16,525 CEF DENGAN MARKAH TERTINGGI AKAN MARA KE PUSINGAN AKHIR 315 00:21:22,781 --> 00:21:27,494 Sekarang, masa untuk mengumumkan markah Cef Jung Ji-sun. 316 00:21:28,537 --> 00:21:29,955 Sila dedahkan 317 00:21:31,039 --> 00:21:32,165 markah daripada juri. 318 00:21:41,008 --> 00:21:43,802 Juri Paik Jong-won beri 87 markah. 319 00:21:43,885 --> 00:21:46,555 Juri Anh Sung-jae beri 82 markah. 320 00:21:47,264 --> 00:21:50,892 Markah keseluruhan untuk Cef Jung Ji-sun ialah 169 markah. 321 00:21:54,980 --> 00:21:57,274 Secara jujurnya, 322 00:21:57,899 --> 00:22:01,903 saya rasa sos ini sepatutnya dapat menutup 323 00:22:01,987 --> 00:22:06,450 bau hanyir daripada ikan ini dengan lebih baik. 324 00:22:06,533 --> 00:22:11,955 Rasanya awak tak berjaya buang bau hanyir itu dengan baik. 325 00:22:13,498 --> 00:22:14,333 Okey. 326 00:22:14,416 --> 00:22:16,835 Tapi apa pun, ini satu cubaan bagus. 327 00:22:16,918 --> 00:22:18,128 Terima kasih. 328 00:22:22,174 --> 00:22:24,176 Syabas. 329 00:22:24,926 --> 00:22:27,095 Saya kecewa dan nak buat ini semula. 330 00:22:27,179 --> 00:22:29,222 Cuma tinggal saya untuk cef masakan Cina, 331 00:22:29,723 --> 00:22:31,558 jadi saya patut buat lebih baik. 332 00:22:32,100 --> 00:22:33,852 Markah sangat kedekut dengan markah. 333 00:22:34,519 --> 00:22:37,064 Saya risau kerana tahu ini takkan mudah. 334 00:22:44,362 --> 00:22:45,864 Itu nampak macam tomato. 335 00:22:48,533 --> 00:22:52,913 Cef Edward Lee, sila bergerak ke meja juri. 336 00:22:58,418 --> 00:23:00,837 Perjalanan untuk pergi ke arah juri sangat jauh. 337 00:23:03,173 --> 00:23:04,508 Kadangkala kita terfikir, 338 00:23:04,591 --> 00:23:07,094 "Sekejap, saya nak patah balik dan tukar sesuatu." 339 00:23:07,636 --> 00:23:12,641 Tapi selepas kita mula, kita perlu jalan sehingga penghujung. 340 00:23:13,809 --> 00:23:15,560 Jadi mari lakukan ini. 341 00:23:25,737 --> 00:23:28,448 Hidangan hidup saya 342 00:23:28,532 --> 00:23:33,078 ialah bibimbap tuna dan kaviar moden. 343 00:23:33,161 --> 00:23:34,746 Saya tak pernah membayangkan ini. 344 00:23:35,872 --> 00:23:37,165 - Bukan apa yang saya jangkakan. - Betul. 345 00:23:38,083 --> 00:23:41,962 Saya manusia bibimbap 346 00:23:42,879 --> 00:23:45,799 kerana seperti bibimbap, 347 00:23:45,882 --> 00:23:48,218 ada banyak budaya dalam diri saya. 348 00:23:48,301 --> 00:23:50,428 Korea, Amerika 349 00:23:50,512 --> 00:23:52,806 dan masakan negara lain yang saya pernah belajar. 350 00:23:52,889 --> 00:23:54,432 Secara jujurnya, 351 00:23:55,684 --> 00:23:59,896 saya mengalami banyak kesulitan 352 00:24:00,772 --> 00:24:02,357 dengan identiti Korea saya. 353 00:24:07,028 --> 00:24:09,656 Adakah saya orang Amerika? 354 00:24:10,240 --> 00:24:11,825 Atau adakah saya orang Korea? 355 00:24:12,993 --> 00:24:16,413 Tapi apabila saya fokus pada memasak, 356 00:24:16,496 --> 00:24:18,790 fikiran itu akan menghilang. 357 00:24:18,874 --> 00:24:24,921 Saya boleh bertenang dan berusaha untuk menghasilkan satu rasa. 358 00:24:25,005 --> 00:24:28,550 Itu yang paling penting bagi saya. 359 00:24:28,633 --> 00:24:30,010 Satu rasa. 360 00:24:30,093 --> 00:24:32,679 Apabila lihat bibimbap, 361 00:24:32,762 --> 00:24:36,266 ia ada pelbagai bahan dan banyak warna. 362 00:24:36,349 --> 00:24:38,393 Tapi apabila kita gaul, 363 00:24:39,352 --> 00:24:41,897 ia menghasilkan satu rasa. 364 00:24:43,481 --> 00:24:45,901 Saya sangat sukakan bibimbap. 365 00:24:45,984 --> 00:24:49,487 Saya ingin buat hidangan yang biasa ini 366 00:24:49,571 --> 00:24:51,031 jadi sesuatu yang istimewa. 367 00:24:51,865 --> 00:24:53,617 Saya meratakan nasi. 368 00:24:54,242 --> 00:24:57,704 Saya letak semua bahan bibimbap dan telur di dalamnya. 369 00:24:59,080 --> 00:25:01,583 Saya nak buat sesuatu yang berbeza, 370 00:25:01,666 --> 00:25:03,084 jadi saya buat ia jadi bebola… 371 00:25:08,882 --> 00:25:09,925 kemudian saya goreng, 372 00:25:16,890 --> 00:25:19,351 dan balut dengan tuna mentah. 373 00:25:27,108 --> 00:25:29,861 Apabila saya lihat bibimbap, saya nampak diri saya. 374 00:25:33,365 --> 00:25:37,369 Ia menggambarkan diri dan identiti saya 375 00:25:37,452 --> 00:25:39,788 sebagai orang Korea-Amerika. 376 00:25:40,288 --> 00:25:42,958 Saya ialah bibimbap. 377 00:25:44,209 --> 00:25:47,671 Sebab itu hidangan hidup saya ialah bibimbap. 378 00:25:47,754 --> 00:25:49,297 BIBIMBAP TUNA 379 00:25:49,881 --> 00:25:51,633 Saya perlu gaul untuk makan ini? 380 00:25:51,716 --> 00:25:53,551 - Tidak, potong sahaja. - Baik. 381 00:25:53,635 --> 00:25:56,429 - Kemudian… - Tapi ini bukan bibimbap kalau tak gaul. 382 00:25:56,513 --> 00:25:59,307 - Ini bibimbap saya. - Okey, saya faham. 383 00:25:59,391 --> 00:26:00,976 Saya akan potong separuh. 384 00:26:03,019 --> 00:26:05,063 Bahagian dalam bukan sekadar digaul. 385 00:26:05,146 --> 00:26:07,774 - Awak goreng ini? - Ya. 386 00:26:07,857 --> 00:26:09,567 - Nampaknya dia gaul ini. - Wah. 387 00:26:10,110 --> 00:26:13,863 Awak dapat ilham untuk sos daripada chogochujang? 388 00:26:13,947 --> 00:26:15,448 Ya, chogochujang. 389 00:26:15,532 --> 00:26:19,202 Saya juga sukakan rasa serbuk biji perila, 390 00:26:19,286 --> 00:26:21,746 jadi saya masukkannya untuk beri rasa kekacang. 391 00:26:23,999 --> 00:26:26,167 Saya perlu makan guna garpu atau sudu? 392 00:26:26,668 --> 00:26:27,669 Ini ada identiti. 393 00:26:27,752 --> 00:26:30,046 Saya boleh rasakan kekeliruan awak 394 00:26:30,630 --> 00:26:32,549 apabila saya mahu makan ini. 395 00:26:51,568 --> 00:26:54,738 Bukan sahaja rasa, tapi saya nak tunjuk kepada juri 396 00:26:55,697 --> 00:26:58,742 maksud hidangan ini bagi saya. 397 00:27:00,118 --> 00:27:03,913 Ini sememangnya bukan bibimbap yang kami biasa makan. 398 00:27:03,997 --> 00:27:06,249 Saya beritahu Cef Anh 399 00:27:06,333 --> 00:27:10,003 awak mungkin buat nasi dengan ikan mentah. 400 00:27:10,086 --> 00:27:12,672 - Tapi ini bukan itu. - Ya, bukan. 401 00:27:12,756 --> 00:27:15,383 Saya pun dari Amerika 402 00:27:15,467 --> 00:27:16,801 dan ada restoran di sana. 403 00:27:17,469 --> 00:27:21,806 Sangat berisiko untuk ubah suai sesuatu hidangan, 404 00:27:21,890 --> 00:27:27,479 terutama seperti bibimbap, satu hidangan istimewa Korea. 405 00:27:27,562 --> 00:27:31,316 Sedikit kesilapan boleh buat hidangan ini hancur. 406 00:27:31,399 --> 00:27:35,320 Tapi saya betul-betul ingin mengekalkan identiti bibimbap, 407 00:27:35,403 --> 00:27:37,530 jadi saya tak ubah suai terlalu banyak. 408 00:27:38,281 --> 00:27:40,116 Saya sangat menikmatinya. 409 00:27:40,200 --> 00:27:41,993 Sesi rasa telah tamat. 410 00:27:42,077 --> 00:27:43,453 Juri, 411 00:27:43,536 --> 00:27:47,123 sila masukkan markah anda untuk Cef Edward Lee. 412 00:27:48,416 --> 00:27:53,213 Saya rasa mereka sangat positif dan tertanya dengan apa saya buat. 413 00:27:54,672 --> 00:27:59,844 Masa untuk mengumumkan markah Cef Edward Lee. 414 00:27:59,928 --> 00:28:01,388 Sila dedahkan… 415 00:28:04,557 --> 00:28:07,227 TEMPAT PERTAMA SEMASA JUNG JI-SUN: 169 MARKAH 416 00:28:07,310 --> 00:28:09,687 Sila dedahkan markah juri. 417 00:28:16,611 --> 00:28:18,738 Juri Paik Jong-won beri 97 markah. 418 00:28:18,822 --> 00:28:20,990 Juri Anh Sung-jae beri 82 markah. 419 00:28:21,574 --> 00:28:23,576 Markah keseluruhan 420 00:28:23,660 --> 00:28:27,247 untuk Cef Edward Lee ialah 179 markah. 421 00:28:30,041 --> 00:28:30,959 Terima kasih. 422 00:28:32,001 --> 00:28:35,046 KEDUDUKAN SEMASA PERTAMA: EDWARD LEE, 179 MARKAH 423 00:28:35,130 --> 00:28:40,218 Misi hari ini adalah memasak tentang hidup awak, 424 00:28:40,301 --> 00:28:43,388 bermaksud awak perlu tunjuk kenapa awak masak 425 00:28:43,471 --> 00:28:45,557 dan letak hidup awak dalam hidangan itu. 426 00:28:45,640 --> 00:28:46,891 Awak berjaya buat begitu. 427 00:28:46,975 --> 00:28:53,314 Saya bayangkan rasa bibimbap yang semua orang Korea pernah rasa, 428 00:28:54,023 --> 00:28:58,486 tapi ini membuka mata saya kepada cara baharu untuk mentafsirkan bibimbap. 429 00:28:58,570 --> 00:29:01,114 Saya rasa hidangan ini boleh jadi contoh 430 00:29:01,197 --> 00:29:05,535 cara kita boleh mempromosikan makanan dan cerita kita kepada dunia, 431 00:29:05,618 --> 00:29:07,704 jadi saya berikan awak markah ini. 432 00:29:07,787 --> 00:29:13,293 Ada beberapa aspek yang saya setuju dan tak bersetuju dengan En. Paik. 433 00:29:13,376 --> 00:29:16,921 Perbezaan markah kami bukan disebabkan rasanya. 434 00:29:17,005 --> 00:29:18,423 Kami cuma berbeza pendapat. 435 00:29:18,506 --> 00:29:21,634 Saya boleh terima kalau itu nasi dengan lauk di atasnya. 436 00:29:21,718 --> 00:29:23,511 Tapi dia kata itu bibimbap. 437 00:29:23,595 --> 00:29:26,014 Bibimbap bermaksud menggaulkan nasi. 438 00:29:26,097 --> 00:29:28,933 Kenapa dia panggil itu bibimbap kalau perlu potong guna pisau? 439 00:29:29,434 --> 00:29:32,479 Jadi kalau dipanggil begitu, ia akan jadi bibimbap? 440 00:29:32,562 --> 00:29:35,190 Bagaimana kalau identiti hidangan Korea ini 441 00:29:35,273 --> 00:29:37,358 berubah disebabkan ini? 442 00:29:37,442 --> 00:29:40,528 Itu yang saya fikirkan ketika memberikan markah kepadanya. 443 00:29:41,237 --> 00:29:45,575 Cef Edward Lee di tempat pertama dengan 179 markah. 444 00:29:46,701 --> 00:29:48,745 Markah itu sangat mengejutkan. 445 00:29:48,828 --> 00:29:50,663 Saya agak keliru 446 00:29:50,747 --> 00:29:54,000 kerana perbezaan markah daripada kedua-dua juri sangat berbeza 447 00:29:54,083 --> 00:29:57,545 dan saya rasa 179 tak cukup bagus. 448 00:30:05,595 --> 00:30:06,429 Helo. 449 00:30:06,513 --> 00:30:11,226 Pertama, saya terangkan kenapa saya pilih ini sebagai hidangan hidup saya. 450 00:30:12,101 --> 00:30:16,314 Saya buka restoran saya sembilan tahun lalu pada tahun 2015. 451 00:30:16,397 --> 00:30:21,027 Ketika itu, saya penuh dengan harapan, tapi ia tak berjalan dengan baik. 452 00:30:21,110 --> 00:30:23,154 Saya hampir kehilangan segalanya. 453 00:30:23,238 --> 00:30:26,866 Jadi saya cari bahan yang murah dan sedap 454 00:30:26,950 --> 00:30:29,035 dan terfikir bawang. 455 00:30:29,118 --> 00:30:31,496 Itu cara saya cipta menu istimewa saya. 456 00:30:32,622 --> 00:30:36,334 Saya bakar bawang di dalam ketuhar, kemudian panggang di atas arang 457 00:30:36,417 --> 00:30:40,213 jadi bahagian luarnya terbakar tapi masih lembap di dalam. 458 00:30:41,172 --> 00:30:43,383 Selepas itu, saya guna hirisan daun bawang mentah 459 00:30:43,466 --> 00:30:45,885 dan daun bawang goreng 460 00:30:45,969 --> 00:30:48,096 sebab ia ada tekstur yang berbeza. 461 00:30:49,180 --> 00:30:51,933 Hidangan ini mula jadi terkenal 462 00:30:52,016 --> 00:30:54,102 dan kini, saya mengendalikan sembilan restoran. 463 00:30:54,185 --> 00:30:55,937 Ini yang buat itu jadi kenyataan. 464 00:30:56,020 --> 00:30:57,814 Namanya kuro tamanegi, 465 00:30:57,897 --> 00:31:00,024 bermaksud bawang hitam. 466 00:31:01,693 --> 00:31:02,986 Inilah hidangan hidup saya. 467 00:31:04,946 --> 00:31:09,826 Jadi hidangan ini yang buat awak berjaya sekarang? 468 00:31:09,909 --> 00:31:13,663 Ya, ini masih lagi menu paling terkenal di restoran saya. 469 00:31:15,415 --> 00:31:17,083 Saya perlu makan apa dulu? 470 00:31:17,166 --> 00:31:19,127 Makan ketiga-tiganya sekali. 471 00:31:19,210 --> 00:31:22,672 Daun bawang goreng, daun bawang mentah, 472 00:31:22,755 --> 00:31:23,965 dan bawang panggang. 473 00:31:24,048 --> 00:31:26,593 Makanlah dengan sos sebanyak mana tuan mahu. 474 00:31:39,480 --> 00:31:42,233 Saya sangat yakin dengan hidangan saya. 475 00:31:42,942 --> 00:31:44,944 - Awak kata ini menu istimewa awak. - Ya. 476 00:31:45,028 --> 00:31:48,781 - Memang boleh dapat di Negi sahaja. - Betul. 477 00:31:48,865 --> 00:31:50,491 Tak mudah untuk buat ini. 478 00:31:51,326 --> 00:31:52,285 Saya sukakannya. 479 00:31:52,368 --> 00:31:53,995 - Saya menikmatinya. - Terima kasih. 480 00:31:54,078 --> 00:31:58,541 Masa untuk mengumumkan markah Cef Jang Ho-joon. 481 00:31:59,751 --> 00:32:01,294 Sila dedahkan… 482 00:32:02,962 --> 00:32:04,088 markah daripada juri. 483 00:32:05,965 --> 00:32:08,718 TEMPAT PERTAMA SEMASA EDWARD LEE: 179 MARKAH 484 00:32:08,801 --> 00:32:12,764 Cef Jang Ho-joon menerima 91 markah daripada Juri Paik Jong-won 485 00:32:12,847 --> 00:32:15,266 dan 87 markah daripada Juri Anh Sung-jae, 486 00:32:15,350 --> 00:32:17,352 jumlah keseluruhan ialah 178 markah. 487 00:32:21,481 --> 00:32:23,107 KEDUDUKAN SEMASA TEMPAT KE-2: JANG HO-JOON, 178 MARKAH 488 00:32:23,191 --> 00:32:26,194 Awak gunakan bahan yang murah 489 00:32:26,277 --> 00:32:30,156 dan berjaya mengeluarkan kemanisan semula jadi bawang ini 490 00:32:30,239 --> 00:32:31,616 dengan memanggangnya. 491 00:32:31,699 --> 00:32:36,704 Saya faham kenapa restoran awak tiba-tiba berjaya apabila menu ini dikeluarkan. 492 00:32:36,788 --> 00:32:37,830 Saya sangat sukakannya. 493 00:32:37,914 --> 00:32:39,791 - Terima kasih, cef. - Terima kasih untuk ini. 494 00:32:39,874 --> 00:32:44,003 Saya rasa setiap hidangan bermula dengan pemilihan bahan. 495 00:32:44,587 --> 00:32:48,591 Kerana itu, saya rasa bawang ini tak sedap seperti saya jangkakan, 496 00:32:48,675 --> 00:32:51,219 sebab itu saya beri awak markah ini. 497 00:32:51,719 --> 00:32:53,680 Bawang itu terlebih masak 498 00:32:53,763 --> 00:32:57,183 sebab saya biar di dalam ketuhar terlalu lama kerana risau ia tak masak. 499 00:32:57,266 --> 00:32:59,477 Saya buat kesilapan di situ. 500 00:32:59,560 --> 00:33:03,356 Saya cuma berfikir tentang misi seterusnya. 501 00:33:12,115 --> 00:33:17,620 Setiap hari, saya buat ribuan pesanan guksi Andong, 502 00:33:18,871 --> 00:33:20,581 tapi hanya untuk pelanggan saya. 503 00:33:20,665 --> 00:33:23,876 Saya tak pernah masak dalam keadaan sebegini, 504 00:33:23,960 --> 00:33:25,837 jadi saya agak gementar. 505 00:33:43,146 --> 00:33:46,274 Ini guksi Andong dimasak dengan sayur hijau 506 00:33:46,357 --> 00:33:47,483 dalam musim sekarang. 507 00:33:55,575 --> 00:34:01,039 Saya rasa mi sahaja tak mencukupi, jadi saya buat nasi sekoi juga. 508 00:34:04,000 --> 00:34:07,670 Saya juga buat jeon kubis dan geotjeori sebagai lauk. 509 00:34:09,213 --> 00:34:13,718 GUKSI BUATAN TANGAN, JEON KUBIS, NASI SEKOI, GEOTJEORI 510 00:34:13,801 --> 00:34:15,053 Saya nak makan itu. 511 00:34:17,096 --> 00:34:19,807 Cerita di sebalik hidangan mi ini ialah… 512 00:34:30,318 --> 00:34:33,321 Keluarga saya sangat kaya semasa saya kecil, 513 00:34:33,404 --> 00:34:36,908 tapi perniagaan ayah saya tiba-tiba muflis 514 00:34:37,700 --> 00:34:39,494 dan kami jadi miskin. 515 00:34:39,577 --> 00:34:43,623 Kerana terlalu terkejut, ayah saya mengalami pendarahan otak 516 00:34:43,706 --> 00:34:45,166 dan lumpuh separuh badan. 517 00:34:45,708 --> 00:34:49,796 Jadi mak saya mula jual mi 518 00:34:49,879 --> 00:34:53,049 di sudut pasar untuk menjaga dan membesarkan kami. 519 00:34:54,425 --> 00:34:57,386 Saya tak suka makan mi itu semasa saya di sekolah 520 00:34:57,970 --> 00:35:01,974 sebab ia mengingatkan kemiskinan saya. 521 00:35:02,058 --> 00:35:04,060 Sebab itu saya sangat bencikannya. 522 00:35:04,143 --> 00:35:08,606 Kemudian, mak saya buat pembedahan pada kedua-dua belah matanya 523 00:35:08,689 --> 00:35:10,525 kerana komplikasi diabetes, 524 00:35:10,608 --> 00:35:12,944 jadi saya perlu belajar cara buat mi itu. 525 00:35:13,027 --> 00:35:15,613 Saya tiada pilihan kerana saya perlu ganti mak saya. 526 00:35:16,447 --> 00:35:17,782 Jadi saya sambung berniaga, 527 00:35:17,865 --> 00:35:21,410 berkahwin dan dapat anak. 528 00:35:21,494 --> 00:35:24,539 Kemudian, kami beli satu tempat kecil di pasar 529 00:35:24,622 --> 00:35:26,332 untuk mengembangkan perniagaan kami, 530 00:35:26,415 --> 00:35:30,711 jadi sekarang kami dapat jaga ibu bapa kami, 531 00:35:30,795 --> 00:35:34,090 beli makan dan barang yang anak-anak saya mahu 532 00:35:34,173 --> 00:35:37,552 dan mencari rezeki melalui mi itu. 533 00:35:37,635 --> 00:35:42,807 Mi yang saya bencikan dulu jadi penyelamat hidup saya. 534 00:35:42,890 --> 00:35:45,184 Mi ini sebenarnya 535 00:35:45,685 --> 00:35:50,022 satu keajaiban dan takdir bagi saya 536 00:35:50,106 --> 00:35:53,192 sebab seluruh keluarga saya hidup bahagia disebabkan ini. 537 00:35:53,276 --> 00:35:57,947 Saya berterima kasih kepada hidangan ini, 538 00:35:58,030 --> 00:36:00,449 sebab itu saya jadikan ini hidangan hidup saya. 539 00:36:04,662 --> 00:36:06,455 Kita perlu makan sebelum ini kembang. 540 00:36:37,570 --> 00:36:39,071 Wah, itu nampak sedap. 541 00:36:42,909 --> 00:36:44,160 Juri, 542 00:36:44,243 --> 00:36:48,164 sila masukkan markah untuk Mak Cik Omakase #1. 543 00:36:49,624 --> 00:36:51,792 Saya buat hidangan ini setiap hari. 544 00:36:52,501 --> 00:36:54,420 Ini bukan sesuatu yang saya baru cipta. 545 00:36:54,503 --> 00:36:57,715 Saya dah buat ini selama lebih daripada 20 tahun. 546 00:37:06,641 --> 00:37:09,727 Saya tertanya apa perasaan saya apabila lihat markah hidangan ini. 547 00:37:11,812 --> 00:37:16,984 Masa untuk mengumumkan markah Mak Cik Omakase #1. 548 00:37:17,485 --> 00:37:19,195 Sila dedahkan… 549 00:37:19,987 --> 00:37:23,032 TEMPAT PERTAMA SEMASA EDWARD LEE: 179 MARKAH 550 00:37:23,115 --> 00:37:24,200 …markah daripada juri. 551 00:37:26,786 --> 00:37:28,913 Juri Paik Jong-won beri 90 markah. 552 00:37:28,996 --> 00:37:31,499 Juri Ang Sung-jae beri 85 markah. 553 00:37:31,582 --> 00:37:34,001 Mak Cik Omakase #1 554 00:37:34,085 --> 00:37:36,921 menerima 175 markah secara keseluruhan. 555 00:37:41,676 --> 00:37:46,764 Walaupun saya cuba terangkan, orang takkan faham 556 00:37:46,847 --> 00:37:50,935 kekayaan rasa hidangan ini melainkan mereka rasa sendiri. 557 00:37:51,018 --> 00:37:54,480 Jadi saya harap orang akan berpeluang 558 00:37:54,563 --> 00:37:58,901 untuk rasa dan tahu ada makanan Korea seperti ini. 559 00:37:58,985 --> 00:38:00,069 Terima kasih. 560 00:38:00,152 --> 00:38:01,779 - Syabas. - Terima kasih. 561 00:38:06,909 --> 00:38:10,454 Saya sangat gembira dan bangga dengan pencapaian saya selama ini. 562 00:38:10,538 --> 00:38:12,373 Saya sangat berterima kasih dan bangga. 563 00:38:15,626 --> 00:38:17,837 Cef Edward Lee 564 00:38:17,920 --> 00:38:20,673 masih di tempat pertama dengan 179 markah. 565 00:38:21,257 --> 00:38:22,091 Apa… 566 00:38:22,967 --> 00:38:24,593 Gambar dia sangat menakutkan. 567 00:38:27,263 --> 00:38:30,349 Saya cuma fikir saya perlu buat dengan baik. 568 00:38:34,603 --> 00:38:36,022 Saya akan tunjukkan diri saya. 569 00:38:36,981 --> 00:38:39,483 Saya memang ke sini untuk buat apa saya mahu. 570 00:38:40,067 --> 00:38:41,527 Saya akan biar ia menjerit. 571 00:38:52,079 --> 00:38:53,372 Hidangan saya buat hari ini 572 00:38:53,456 --> 00:38:56,417 ialah sup bawang diperbuat daripada bawang hodoh. 573 00:39:02,757 --> 00:39:07,720 Hidangan ini sangat ringkas, tapi ambil masa lama untuk dibuat. 574 00:39:10,306 --> 00:39:15,686 Saya perlu karamelkan bawang sehingga dapat tekstur seperti jem. 575 00:39:16,812 --> 00:39:18,773 Kemudian saya letak pelbagai jenis arak dan air rebusan, 576 00:39:19,357 --> 00:39:21,442 biar ia reneh, 577 00:39:22,568 --> 00:39:25,488 kemudian saya letak di dalam periuk tanah dengan sedikit keju 578 00:39:27,239 --> 00:39:30,201 dan saya biar ia mendidih. 579 00:39:33,662 --> 00:39:34,789 Ya. 580 00:39:39,293 --> 00:39:41,045 Saya tak disukai oleh ramai orang. 581 00:39:44,673 --> 00:39:46,801 Mata saya menakutkan, rupa saya menakutkan 582 00:39:46,884 --> 00:39:48,969 dan wajah saya sentiasa nampak 583 00:39:50,054 --> 00:39:51,222 seperti saya tak berpuas hati. 584 00:39:51,806 --> 00:39:53,724 Jadi orang selalu salah faham akan saya. 585 00:39:53,808 --> 00:39:57,853 Saya juga selalu dengar orang kata saya nampak macam samseng 586 00:39:57,937 --> 00:39:58,979 dan nampak biadab, 587 00:39:59,563 --> 00:40:01,690 itu buat saya sangat terluka. 588 00:40:02,274 --> 00:40:03,692 Ketika mengendalikan restoran pun 589 00:40:04,360 --> 00:40:07,029 ada yang tak nak saya jelaskan tentang hidangan mereka 590 00:40:07,113 --> 00:40:09,240 dan itu… 591 00:40:10,324 --> 00:40:14,286 Itu buat saya terfikir saya hidup untuk apa. 592 00:40:15,121 --> 00:40:17,581 Jadi apabila diumumkan yang tema untuk hari ini adalah 593 00:40:17,665 --> 00:40:19,458 hidangan yang menggambarkan hidup saya, 594 00:40:19,542 --> 00:40:23,003 saya nak tunjuk siapa diri saya sebenarnya. 595 00:40:23,504 --> 00:40:25,381 Untuk sup bawang ini, 596 00:40:25,464 --> 00:40:28,384 sebab kenapa saya guna bawang hodoh 597 00:40:28,968 --> 00:40:31,762 adalah kerana ia sama seperti saya, 598 00:40:31,846 --> 00:40:34,181 ia diabaikan hanya kerana rupanya hodoh 599 00:40:34,265 --> 00:40:37,476 walaupun rasa dan khasiatnya tetap sama. 600 00:40:38,936 --> 00:40:40,771 Pada pandangan pertama, 601 00:40:40,855 --> 00:40:44,650 anda akan fikir ini panas dan kasar seperti periuk tanah ini. 602 00:40:44,733 --> 00:40:46,902 Tapi selepas satu suapan… 603 00:40:53,451 --> 00:40:54,285 Sudah siap. 604 00:40:56,495 --> 00:40:59,582 …ia akan menghangatkan badan dan buat kita selesa. 605 00:41:00,749 --> 00:41:05,045 Saya harap orang yang menilai saya pada luaran akan cuba hidangan ini 606 00:41:05,880 --> 00:41:08,174 agar saya boleh tunjuk saya serius tentang memasak 607 00:41:09,216 --> 00:41:10,676 dan saya lebih daripada rupa saya. 608 00:41:12,761 --> 00:41:15,514 Tapi sebenarnya, 609 00:41:15,598 --> 00:41:17,516 ini bukan tentang rupa awak. 610 00:41:17,600 --> 00:41:21,103 Pandangan mata yang menakutkan boleh diubah. 611 00:41:21,187 --> 00:41:22,438 Awak boleh buat begitu. 612 00:41:22,938 --> 00:41:24,732 Saya dah cuba, tapi tak berhasil. 613 00:41:25,357 --> 00:41:27,193 - Saya sentiasa… - Gambar itu memang menakutkan. 614 00:41:29,320 --> 00:41:30,738 Itu agak menakutkan. 615 00:41:30,821 --> 00:41:31,864 Ya, jadi… 616 00:41:33,741 --> 00:41:34,783 Saya setuju. 617 00:41:35,784 --> 00:41:38,454 Saya pun kadangkala takut dengan rupa saya. 618 00:41:41,999 --> 00:41:43,459 Awak pandai senyum. 619 00:41:44,126 --> 00:41:46,003 Senyuman awak sangat manis. 620 00:41:46,587 --> 00:41:49,507 - Saya nampak lebih baik apabila senyum. - Awak nampak lebih lembut. 621 00:41:51,675 --> 00:41:53,469 Awak patut terus tersenyum. 622 00:41:53,552 --> 00:41:55,346 Awak boleh baiki itu. 623 00:41:55,429 --> 00:41:57,890 Tapi awak nampak sangat hebat ketika fokus memasak 624 00:41:57,973 --> 00:41:59,725 dan buat yang terbaik. 625 00:41:59,808 --> 00:42:02,269 Jadi saya sangat tersentuh 626 00:42:02,895 --> 00:42:05,022 apabila lihat awak memasak selama ini. 627 00:42:24,416 --> 00:42:26,835 Saya harap mereka terima jiwa saya curahkan untuknya. 628 00:42:35,970 --> 00:42:39,848 Sekarang, sila masukkan markah anda untuk Tukang Masak Mania. 629 00:42:50,192 --> 00:42:51,986 Masih di tempat pertama 630 00:42:52,069 --> 00:42:55,906 Cef Edward Lee dengan 179 markah. 631 00:42:58,117 --> 00:43:01,537 Anda cuma boleh ambil tempat pertama jika terima lebih daripada 179 markah. 632 00:43:03,330 --> 00:43:08,002 Sekarang, sila dedahkan markah Tukang Masak Mania. 633 00:43:10,337 --> 00:43:12,047 Mari kalahkan orang di hadapan saya. 634 00:43:14,008 --> 00:43:16,468 Juri Paik Jong-won beri 88 markah. 635 00:43:16,552 --> 00:43:18,846 Juri Anh Sung-jae beri 89 markah. 636 00:43:19,388 --> 00:43:23,892 Tukang Masak Mania menerima 177 markah secara keseluruhan. 637 00:43:27,104 --> 00:43:29,148 KEDUDUKAN SEMASA TEMPAT KE-3: MANIA: 177 MARKAH 638 00:43:29,231 --> 00:43:31,567 Pada pendapat saya, awak terlalu mencuba. 639 00:43:31,650 --> 00:43:33,652 Ini rasa seperti 640 00:43:34,278 --> 00:43:36,071 saya minum ekstrak bawang. 641 00:43:36,155 --> 00:43:38,532 - Begitu. - Apa yang saya suka 642 00:43:38,616 --> 00:43:41,827 tentang sup bawang, 643 00:43:41,910 --> 00:43:45,831 rasa bawang tak keterlaluan walaupun diperbuat daripada bawang. 644 00:43:45,914 --> 00:43:51,420 Ia buat kita ingin makan lagi dan lagi. 645 00:43:51,503 --> 00:43:53,130 Tapi selepas makan ini, 646 00:43:53,213 --> 00:43:54,965 saya rasa masin 647 00:43:55,049 --> 00:43:57,176 dan aroma yang kuat daripada bawang dikaramelkan 648 00:43:57,259 --> 00:43:59,637 dan saya risau ini boleh buat seseorang 649 00:43:59,720 --> 00:44:02,556 - elak makan bawang untuk beberapa hari. - Begitu. 650 00:44:02,640 --> 00:44:05,476 Jadi saya potong markah sedikit. 651 00:44:07,061 --> 00:44:09,146 Secara peribadi, bagi saya, 652 00:44:09,229 --> 00:44:12,983 rasa air rebusan daging terlalu kuat. 653 00:44:13,067 --> 00:44:17,237 Jadi keseimbangannya dengan bawang rasa terlalu kuat. 654 00:44:18,155 --> 00:44:19,907 Saya percaya niat cef 655 00:44:19,990 --> 00:44:22,618 lebih penting daripada pendapat pelanggan, 656 00:44:22,701 --> 00:44:25,496 jadi kualiti sup bawang ini 657 00:44:25,579 --> 00:44:27,956 tiada kekurangan dari segi itu, 658 00:44:28,040 --> 00:44:29,750 sebab itu saya beri markah ini. 659 00:44:29,833 --> 00:44:31,168 - Terima kasih. - Syabas. 660 00:44:34,296 --> 00:44:36,340 Saya kecewa sebab kami cuma berbeza dua markah. 661 00:44:36,965 --> 00:44:38,092 Mereka patut beri sedikit lagi. 662 00:44:39,176 --> 00:44:41,845 JURI ANH SUNG-JAE BELUM BERI SESIAPA MARKAH LEBIH DARIPADA 90 663 00:44:41,929 --> 00:44:45,265 Mustahil untuk beri 100 markah untuk mana-mana masakan. 664 00:44:45,891 --> 00:44:48,268 Jika hidangan itu berkualiti tinggi 665 00:44:48,352 --> 00:44:53,565 dan rasa sedap, paling tinggi saya beri adalah sekitar 90 markah. 666 00:44:54,608 --> 00:44:55,526 Cef Edward Lee 667 00:44:55,609 --> 00:44:59,405 masih di tempat pertama dengan 179 markah. 668 00:45:02,658 --> 00:45:06,995 Napoli Matfia, sila bergerak ke meja juri. 669 00:45:12,793 --> 00:45:13,919 Itu berapi. 670 00:45:15,087 --> 00:45:17,506 - Bukankah itu api? - Itu? Yalah. 671 00:45:36,650 --> 00:45:38,235 Hidangan saya hari ini ialah… 672 00:45:40,028 --> 00:45:41,447 pasta gegukji. 673 00:45:42,906 --> 00:45:44,366 Tentang hidangan ini, 674 00:45:44,450 --> 00:45:48,787 ia mengandungi cerita tentang saya dan moyang saya. 675 00:45:49,288 --> 00:45:50,873 Kedua-dua ibu bapa saya bekerja, 676 00:45:50,956 --> 00:45:54,042 jadi moyang saya menjaga saya sejak kecil 677 00:45:54,126 --> 00:45:56,920 dan saya masih ingat gegukji yang dia buat untuk saya. 678 00:45:57,004 --> 00:45:58,964 Ia sup tradisional dari Chungcheongnam-do, 679 00:45:59,047 --> 00:46:01,133 yang mana kita merebus 680 00:46:01,216 --> 00:46:05,429 baki ketam diperam, kubis, pes kacang soya kicap dan sebagainya. 681 00:46:05,512 --> 00:46:09,766 Saya sangat sukakan hidangan ini, jadi saya pilih untuk membuatnya. 682 00:46:11,602 --> 00:46:15,022 Pertama, saya buat sup gegukji sebagai asas, 683 00:46:15,105 --> 00:46:18,150 kemudian saya buat pasta berbentuk gula-gula 684 00:46:18,233 --> 00:46:20,611 yang moyang saya sukakan. 685 00:46:21,695 --> 00:46:25,699 Saya juga ingat dia selalu beri saya duit belanja 686 00:46:25,782 --> 00:46:28,619 daripada satu dompet syiling lama, 687 00:46:29,244 --> 00:46:31,497 jadi saya cencang sedikit rumpai laut gamtae dan udang 688 00:46:31,580 --> 00:46:35,792 untuk buat ladu kubis berbentuk seperti dompet syiling. 689 00:46:38,420 --> 00:46:40,506 Saya goreng sedikit ketam kecil juga 690 00:46:40,589 --> 00:46:44,510 diilhamkan daripada snek yang moyang saya selalu buat untuk saya. 691 00:46:50,015 --> 00:46:51,266 Kuah diperbuat daripada apa? 692 00:46:51,350 --> 00:46:52,476 Ini kuah gegukji. 693 00:46:52,559 --> 00:46:55,062 Tapi kerana saya cef masakan Itali, 694 00:46:55,646 --> 00:46:57,397 saya ingin beri sentuhan itu sedikit, 695 00:46:57,481 --> 00:47:01,193 jadi saya letak kuah di dalam teko moka Itali 696 00:47:01,276 --> 00:47:03,111 untuk memanaskan dan tuang. 697 00:47:03,612 --> 00:47:06,657 Saya rasa bahagian paling penting dalam gegukji 698 00:47:06,740 --> 00:47:08,200 adalah baunya yang tajam, 699 00:47:08,283 --> 00:47:12,120 jadi saya terfikir cara menyampaikan rasa itu di sini, 700 00:47:12,204 --> 00:47:15,290 jadi saya menitiskan sedikit sos ikan bilis Itali. 701 00:47:16,708 --> 00:47:22,089 Hidangan ini adalah tafsiran kenangan saya bersama moyang saya. 702 00:47:22,172 --> 00:47:23,549 PASTA GEGUKJI NENEK 703 00:47:26,134 --> 00:47:28,095 Awak membesar di kawasan Seosan atau Taean? 704 00:47:28,178 --> 00:47:29,012 Ya, betul. 705 00:47:29,096 --> 00:47:30,305 Gegukji dulu. 706 00:47:34,351 --> 00:47:37,563 En. Paik pun dari Chungcheongnam-do, 707 00:47:37,646 --> 00:47:40,649 jadi saya rasa tertekan sedikit. 708 00:47:48,031 --> 00:47:50,701 Gegukji sangat sukar dibuat. 709 00:47:51,201 --> 00:47:53,996 Ramai orang kecewa selepas mencubanya 710 00:47:54,079 --> 00:47:56,957 kerana ia ada satu rasa yang sukar diterangkan. 711 00:47:57,040 --> 00:48:00,836 Jadi saya terkejut melihat dia menggunakannya untuk membuat itu. 712 00:48:20,772 --> 00:48:23,483 Nampak macam juri sukakannya. 713 00:48:25,152 --> 00:48:27,362 Mereka makan banyak 714 00:48:27,863 --> 00:48:29,156 dan sangat menikmatinya. 715 00:48:30,324 --> 00:48:31,408 Awak tahu, 716 00:48:31,908 --> 00:48:35,162 tak ramai tahu apa itu gegukji, 717 00:48:35,245 --> 00:48:39,541 jadi saya sangat kagum dengan keberanian awak untuk memasukkan 718 00:48:39,625 --> 00:48:44,129 kenangan awak bersama moyang awak dalam masakan pasta ini. 719 00:48:44,212 --> 00:48:47,090 Nenek dan masakan. Itu resipi terbaik. 720 00:48:47,174 --> 00:48:48,300 Betul. 721 00:48:48,383 --> 00:48:51,678 Tapi awak guna gegukji sebenar? 722 00:48:51,762 --> 00:48:56,433 Atau awak tambah rasa dengan memasukkan makanan laut? 723 00:48:56,933 --> 00:49:01,104 Saya cuba hasilkan rasa yang saya ingat dan tak guna bahan berlebihan. 724 00:49:01,188 --> 00:49:03,774 Kerana hidangan ini dari Taean dan Seosan, 725 00:49:03,857 --> 00:49:06,860 apa yang penting bagi saya 726 00:49:06,943 --> 00:49:10,530 adalah saya menggunakan bahan yang datang dari kawasan itu sahaja. 727 00:49:12,449 --> 00:49:14,868 Kalau dia melebih-lebih dengan bahan mahal 728 00:49:15,452 --> 00:49:16,995 untuk buat hidangan lebih mewah, 729 00:49:17,079 --> 00:49:19,039 itu pasti akan menghancurkannya. 730 00:49:19,122 --> 00:49:21,500 Tapi dia pilih untuk tak buat begitu, 731 00:49:21,583 --> 00:49:25,003 bermakna dia ada tujuan yang jelas dan menghasilkan hidangan paling anggun. 732 00:49:26,880 --> 00:49:28,757 Sesi merasa telah tamat. 733 00:49:37,349 --> 00:49:38,975 Masih di tempat pertama 734 00:49:39,059 --> 00:49:42,729 Cef Edward Lee dengan 179 markah. 735 00:49:44,815 --> 00:49:47,693 Sila dedahkan markah Napoli Matfia. 736 00:49:48,902 --> 00:49:50,862 Saya tahu saya berpeluang dapat tempat pertama. 737 00:49:51,738 --> 00:49:54,449 Saya belajar untuk tak harapkan apa-apa. 738 00:49:54,533 --> 00:49:57,327 Saya akan terima apa sahaja yang terjadi. 739 00:49:58,036 --> 00:49:59,037 Siapa agaknya? 740 00:50:06,044 --> 00:50:09,256 Sila dedahkan markah Napoli Matfia. 741 00:50:12,801 --> 00:50:14,761 Juri Paik Jong-won beri 92 markah. 742 00:50:14,845 --> 00:50:16,930 Juri Anh Sung-jae beri 90 markah. 743 00:50:17,013 --> 00:50:20,851 Napoli Matfia menerima 182 markah secara keseluruhan. 744 00:50:21,685 --> 00:50:25,605 Tempat pertama semasa sekarang ialah Napoli Matfia. 745 00:50:27,607 --> 00:50:30,569 TEMPAT PERTAMA: NAPOLI MATFIA, 182 MARKAH TEMPAT KE-2: EDWARD LEE, 179 MARKAH 746 00:50:30,652 --> 00:50:34,030 Saya percaya hidangan yang terbaik pun 747 00:50:34,114 --> 00:50:37,993 masih ada ruang untuk penambahbaikan, 748 00:50:39,327 --> 00:50:42,706 jadi saya tak pernah beri lebih daripada 90 markah untuk masakan saya juga. 749 00:50:43,790 --> 00:50:45,709 Tapi dari segi rasa, 750 00:50:45,792 --> 00:50:48,128 ini memang sangat sedap. 751 00:50:48,211 --> 00:50:50,964 Boleh nampak pengawalan dan kesetiaan awak kepada bahan, 752 00:50:51,548 --> 00:50:53,550 sebab itu saya beri markah ini. 753 00:50:54,968 --> 00:50:59,806 Dia masih muda, tapi saya boleh nampak dia tahu keanggunan masakan. 754 00:50:59,890 --> 00:51:02,350 Saya boleh nampak usaha dia 755 00:51:02,434 --> 00:51:05,979 untuk menggambarkan kehangatan moyangnya. 756 00:51:06,062 --> 00:51:08,440 Saya beri dia 90 markah, iaitu 100 markah mengikut piawaian saya. 757 00:51:09,316 --> 00:51:14,404 Rasanya tiada sesiapa terima lebih daripada 90 daripada kedua-dua juri, 758 00:51:14,488 --> 00:51:17,032 jadi sukar untuk percaya saya terima markah begitu. 759 00:51:17,991 --> 00:51:21,495 Ini memang akan terjadi. Seseorang pasti akan mengalahkan markah saya. 760 00:51:21,578 --> 00:51:24,790 Tapi mari lihat jika markah dia boleh bertahan 761 00:51:24,873 --> 00:51:28,627 sebab dua cef terakhir sangat kuat, 762 00:51:28,710 --> 00:51:33,298 jadi saya rasa seseorang mungkin boleh mengalahkan markah dia. 763 00:51:37,219 --> 00:51:40,013 Rasanya dia akan kalah kepada Tiga Bintang. 764 00:51:41,473 --> 00:51:45,393 Tiga Bintang, sila bergerak ke meja juri. 765 00:51:48,271 --> 00:51:50,273 Semangat, kawan. 766 00:52:05,664 --> 00:52:07,165 Wah, itu sangat cantik. 767 00:52:09,042 --> 00:52:10,502 Hidangan saya buat hari ini 768 00:52:11,336 --> 00:52:14,005 adalah apa yang buat saya bertahan ketika saya dalam kesukaran. 769 00:52:15,507 --> 00:52:17,801 Saya memasak untuk kehidupan sekarang, 770 00:52:17,884 --> 00:52:21,721 tapi ketika saya keliru akan laluan mana yang saya perlu ambil dalam kerjaya saya, 771 00:52:21,805 --> 00:52:24,391 saya tonton dokumentari tentang Cef Corey Lee 772 00:52:24,474 --> 00:52:29,187 dan pada suatu hari, saya bertekad saya akan pergi dan bekerja di sana. 773 00:52:30,063 --> 00:52:31,273 Dia buat apa sekarang? 774 00:52:31,773 --> 00:52:32,816 Dia ada restoran bernama Benu. 775 00:52:32,899 --> 00:52:34,025 COREY LEE 776 00:52:34,109 --> 00:52:36,903 Dia cef muda yang terkenal di Amerika. 777 00:52:36,987 --> 00:52:37,988 - Corey Lee? - Ya. 778 00:52:38,071 --> 00:52:40,824 Dia orang Korea pertama yang terima tiga bintang Michelin. 779 00:52:41,908 --> 00:52:43,577 Jadi saya pergi ke Amerika 780 00:52:43,660 --> 00:52:47,205 dan dapat peluang menjadi pelatih dan bekerja dengannya. 781 00:52:47,706 --> 00:52:50,667 Selepas itu, saya kurangkan waktu tidur 782 00:52:50,750 --> 00:52:53,837 dan belajar bersungguh-sungguh untuk bertahan dalam hidup 783 00:52:53,920 --> 00:52:56,214 seperti yang dilihat daripada nota yang ditunjukkan. 784 00:52:56,298 --> 00:52:58,258 Kadangkala, apabila saya letih, 785 00:52:58,341 --> 00:53:00,844 saya akan pergi ke Pier 39 786 00:53:00,927 --> 00:53:04,514 dan makan cowder kepah yang hangat untuk menaikkan semangat semula. 787 00:53:04,598 --> 00:53:07,517 Hidangan ini beri saya ketenangan ketika saya di tempat asing. 788 00:53:08,143 --> 00:53:11,813 Jadi hidangan saya buat hari ini ialah sup cowder kepah, 789 00:53:11,897 --> 00:53:15,317 yang saya tafsirkan semula secara unik berdasarkan apa saya pernah belajar. 790 00:53:15,859 --> 00:53:19,779 Secara mudah, ini sup kepah berkrim. 791 00:53:19,863 --> 00:53:22,574 Saya buat air rebusan dengan kepah, 792 00:53:24,284 --> 00:53:28,455 kemudian tambah bawang, daun saderi dan krim segar, 793 00:53:28,538 --> 00:53:31,708 biar ia mendidih sehingga pekat dan akhir sekali masukkan kaviar 794 00:53:32,459 --> 00:53:33,668 untuk buat sos. 795 00:53:35,462 --> 00:53:38,840 Sudah tentu protein diperlukan di dalam sos, 796 00:53:39,549 --> 00:53:41,676 jadi saya bakar sedikit toothfish, 797 00:53:41,760 --> 00:53:45,805 iaitu kegemaran orang Korea yang dikenali sebagai mero. 798 00:53:46,848 --> 00:53:51,144 Cowder kepah ini hidangan biasa di Amerika, 799 00:53:51,227 --> 00:53:54,940 tapi saya tafsirkan semula seperti hidangan pesona. 800 00:54:14,292 --> 00:54:18,296 Selain daripada rasa, saya harap mereka kenal butirannya. 801 00:54:20,882 --> 00:54:24,386 Dia kata dia bawa hidangan pesona kepada kami, 802 00:54:24,469 --> 00:54:27,305 jadi saya menilai mengikut piawaian hidangan pesona. 803 00:54:27,389 --> 00:54:30,058 Adakah ini segi empat 1 milimeter atau 3 milimeter? 804 00:54:30,141 --> 00:54:31,601 Bagaimana lobak dipotong? 805 00:54:31,685 --> 00:54:33,395 Bagaimana daun saderi dipotong? 806 00:54:33,478 --> 00:54:36,982 Semuanya dipotong dengan sangat tepat seperti yang dia beritahu. 807 00:54:45,824 --> 00:54:47,909 Semua saiz kaviar pun sama. 808 00:54:48,451 --> 00:54:49,786 Bermakna dia sengaja buat begitu. 809 00:54:50,704 --> 00:54:55,125 Apabila dia buat keputusan untuk menambah baik cowder kepah itu, 810 00:54:55,208 --> 00:54:57,377 dia guna semua teknik yang dia pernah belajar. 811 00:54:59,713 --> 00:55:01,214 Ya, rasanya sedap. 812 00:55:06,011 --> 00:55:08,138 Hidangan ini ada cerita di sebaliknya, 813 00:55:08,221 --> 00:55:12,308 iaitu kenangan awak diilhamkan daripada kepah. 814 00:55:12,392 --> 00:55:16,104 Tapi awak tambah kerang juga, yang ada dalam musim sekarang 815 00:55:16,187 --> 00:55:17,939 dan menghasilkan satu hidangan ini. 816 00:55:18,023 --> 00:55:19,983 Saya rasa itu idea yang bagus. 817 00:55:20,066 --> 00:55:21,067 Terima kasih. 818 00:55:24,112 --> 00:55:25,989 Di tempat pertama, 819 00:55:26,072 --> 00:55:30,326 Napoli Matfia dengan 182 markah. 820 00:55:32,037 --> 00:55:35,498 Anda boleh mengambil tempat pertama jika menerima lebih daripada 182 markah. 821 00:55:36,958 --> 00:55:40,170 - Sila dedahkan markah Tiga Bintang. - Ayuh. 822 00:55:42,172 --> 00:55:44,716 Saya rasa teruja kerana nama sebenar saya akan didedahkan 823 00:55:44,799 --> 00:55:46,301 jika saya masuk pusingan akhir. 824 00:55:46,926 --> 00:55:49,679 Saya tak pasti apa jenis masakan Tiga Bintang buat. 825 00:55:49,763 --> 00:55:52,766 Tapi saya tahu dia sangat berbakat. 826 00:55:53,975 --> 00:55:57,312 Sila dedahkan markah Tiga Bintang. 827 00:56:05,820 --> 00:56:08,323 - Wah, itu banyak. - Juri Paik Jong-won beri 92 markah. 828 00:56:08,406 --> 00:56:10,200 Juri Anh Sung-jae beri 87 markah. 829 00:56:10,909 --> 00:56:14,496 Tiga Bintang menerima 179 markah secara keseluruhan. 830 00:56:19,459 --> 00:56:21,461 TEMPAT PERTAMA: NAPOLI MATFIA, 182 MARKAH TEMPAT KE-2: EDWARD LEE, TIGA BINTANG 831 00:56:21,544 --> 00:56:23,963 Awak guna apa yang awak belajar dengan baik 832 00:56:24,047 --> 00:56:26,966 untuk menunjukkan gaya awak melalui hidangan ini. 833 00:56:27,467 --> 00:56:31,346 Rasa dan keseimbangan hidangan ini sangat bagus. 834 00:56:31,930 --> 00:56:33,139 Tapi untuk ikan ini, 835 00:56:34,140 --> 00:56:36,851 kalau tak letak pun tak mengapa. 836 00:56:36,935 --> 00:56:40,688 Mungkin awak boleh fikir lebih dalam tentang mesej awak ingin sampaikan. 837 00:56:40,772 --> 00:56:42,899 - Begitu. Terima kasih. - Terima kasih. 838 00:56:43,817 --> 00:56:44,818 Syabas. 839 00:56:50,365 --> 00:56:51,491 Dapat 179 markah. 840 00:56:52,867 --> 00:56:53,868 Saya tak berjaya kalahkan dia. 841 00:56:54,702 --> 00:56:58,414 Secara jujurnya, saya tak dapat terima markah itu 842 00:56:58,498 --> 00:57:01,417 sebab saya sangat yakin dengan masakan saya. 843 00:57:01,501 --> 00:57:04,129 Tentulah saya gembira. 844 00:57:04,212 --> 00:57:07,298 Tapi terlalu awal untuk buka botol champagne 845 00:57:07,382 --> 00:57:10,176 sebab saya mula memasak ketika berumur 20 tahun, 846 00:57:10,260 --> 00:57:13,096 benda pertama saya beli ialah buku Cef Choi Hyun-seok. 847 00:57:13,179 --> 00:57:14,806 Boleh dikatakan saya peminat dia. 848 00:57:14,889 --> 00:57:16,975 Hanya dia yang tinggal sekarang. 849 00:57:18,476 --> 00:57:19,644 Akhirnya, yang terakhir. 850 00:57:22,147 --> 00:57:26,025 Cef Choi Hyun-seok, sila bergerak ke meja juri. 851 00:57:55,847 --> 00:57:58,975 23 Mac 1995. 852 00:57:59,058 --> 00:58:02,187 Saya takkan pernah lupakan hari pertama saya mula memasak. 853 00:58:03,104 --> 00:58:06,858 Tempat kerja pertama saya adalah restoran tradisional Itali bernama La Cucina 854 00:58:06,941 --> 00:58:10,904 di seberang jalan berhadapan Hotel Hyatt oleh Namsan. 855 00:58:10,987 --> 00:58:13,865 Di sana sentiasa sibuk 856 00:58:13,948 --> 00:58:18,536 dan semua orang bercakap bahasa Itali ketika waktu penyajian. 857 00:58:18,620 --> 00:58:20,830 Saya tiada banyak kerja ketika itu, 858 00:58:21,331 --> 00:58:22,916 jadi saya cuma duduk di satu sudut 859 00:58:22,999 --> 00:58:24,959 sehingga satu hari, seorang cef senior kata, 860 00:58:25,460 --> 00:58:30,465 "Hei, budak baharu, masuk bilik peti sejuk." 861 00:58:30,548 --> 00:58:34,219 Saya fikir dia nak beri saya kerja dan saya berlari ke sana. 862 00:58:34,302 --> 00:58:36,387 Tapi saya cuma nampak di atas kotak susu itu 863 00:58:36,471 --> 00:58:39,265 sepinggan pasta vongole yang masih hangat. 864 00:58:40,058 --> 00:58:44,395 Itu satu tradisi di La Cucina iaitu cara menaikkan semangat pekerja baharu. 865 00:58:44,479 --> 00:58:46,481 Saya terus makan sebaik sahaja lihat itu 866 00:58:47,065 --> 00:58:48,525 dan ia sangat sedap. 867 00:58:48,608 --> 00:58:50,568 Ketika itu, saya bertekad 868 00:58:50,652 --> 00:58:52,278 jika saya teruskan kerjaya ini, 869 00:58:52,362 --> 00:58:56,658 saya ingin jadi cef yang buat pasta vongole terbaik. 870 00:58:57,325 --> 00:59:00,703 Kemudian, saya datang untuk buat vongole terbaik 871 00:59:00,787 --> 00:59:03,081 antara semua alumni La Cucina. 872 00:59:04,624 --> 00:59:08,753 Saya dah menambah baik resipi sebanyak tujuh, lapan kali. 873 00:59:15,552 --> 00:59:19,681 Ini versi terbaharu setakat ini. 874 00:59:21,349 --> 00:59:25,520 Ini pasta berbentuk kon yang saya cipta dan saya dapat ilham daripada sujebi. 875 00:59:25,603 --> 00:59:26,854 Saya sukakan mi carik tangan Korea 876 00:59:26,938 --> 00:59:29,816 kerana ia nipis di sebelah dan tebal di sebelah satu lagi 877 00:59:29,899 --> 00:59:33,111 serta hidangan sederhana ini ada pelbagai jenis tekstur. 878 00:59:33,695 --> 00:59:35,863 Saya nak cuba benda baharu dan berbeza. 879 00:59:36,698 --> 00:59:39,325 Rasa pasta sama kalau guna minyak, 880 00:59:39,409 --> 00:59:41,953 jadi saya nak cuba benda baharu. 881 00:59:42,036 --> 00:59:46,833 Untuk beri rasa berkrim, saya tukar kepada mentega. 882 00:59:55,216 --> 00:59:57,010 Saya percaya pasta vongole 883 00:59:57,844 --> 00:59:59,846 adalah hidangan terbaik saya boleh buat. 884 00:59:59,929 --> 01:00:02,098 Ini menu istimewa saya yang pertama. 885 01:00:27,957 --> 01:00:30,752 Saya tak letak garam, lada, atau apa-apa perasa. 886 01:00:30,835 --> 01:00:33,838 Cuma ada bawang putih, minyak zaitun dan air rebusan kepah. 887 01:00:34,422 --> 01:00:37,216 - Jadi kepah itu buat ini masin? - Saya tak letak perasa langsung. 888 01:00:45,600 --> 01:00:48,353 Tiada sesiapa setanding awak 889 01:00:49,771 --> 01:00:52,732 dari segi tahap kecekalan awak mencuba benda baharu. 890 01:00:52,815 --> 01:00:55,193 Saya pun selalu tertanya 891 01:00:55,693 --> 01:01:00,156 apa benda baharu awak akan cuba setiap kali awak masak sesuatu. 892 01:01:01,532 --> 01:01:03,409 Terima kasih untuk ini. 893 01:01:03,493 --> 01:01:05,745 Ini vongole paling sedap saya pernah makan 894 01:01:05,828 --> 01:01:11,250 sehingga saya terlupa rasa vongole saya pernah makan sebelum ini. 895 01:01:15,630 --> 01:01:18,925 Tempat pertama semasa dengan markah tertinggi 896 01:01:19,467 --> 01:01:23,304 ialah Napoli Matfia dengan 182 markah. 897 01:01:29,936 --> 01:01:34,232 Anda boleh mengambil tempat pertama jika menerima lebih daripada 182 markah. 898 01:01:35,441 --> 01:01:39,779 Cef pertama yang akan mara ke pusingan akhir akan ditentukan 899 01:01:40,363 --> 01:01:45,118 berdasarkan markah peserta terakhir, Choi Hyun-seok. 900 01:01:46,327 --> 01:01:49,622 Sila dedahkan markah daripada juri. 901 01:01:51,040 --> 01:01:52,834 Rasanya saya boleh dapat tempat pertama. 902 01:01:53,793 --> 01:01:56,921 Saya sangat terdesak untuk menang, 903 01:01:57,004 --> 01:01:58,047 jadi saya akan menang. 904 01:01:59,048 --> 01:02:02,009 Sila dedahkan markah daripada juri. 905 01:02:03,886 --> 01:02:08,015 MARKAH LEBIH DARIPADA 182 AKAN BUAT DIA MARA KE PUSINGAN AKHIR 906 01:02:08,099 --> 01:02:09,142 Siapa agaknya? 907 01:02:09,684 --> 01:02:11,894 Cef Choi Hyun-seok menerima… 908 01:02:15,189 --> 01:02:16,649 93 markah daripada Juri Paik Jong-won 909 01:02:16,733 --> 01:02:18,067 dan 88 markah daripada juri Anh Sung-jae, 910 01:02:18,151 --> 01:02:20,486 jumlah keseluruhan ialah 181 markah. 911 01:02:26,576 --> 01:02:27,577 Syabas. 912 01:02:27,660 --> 01:02:28,786 Awak buat terbaik. 913 01:02:28,870 --> 01:02:31,622 KEDUDUKAN MUKTAMAD TEMPAT PERTAMA: NAPOLI MATFIA, 182 MARKAH 914 01:02:31,706 --> 01:02:33,207 Wah, ini gila. 915 01:02:38,171 --> 01:02:43,301 Awak buat pasta vongole dengan ringkas dan klasik, 916 01:02:43,384 --> 01:02:44,802 saya sukakannya. 917 01:02:44,886 --> 01:02:46,804 Tapi secara peribadi, 918 01:02:46,888 --> 01:02:49,515 mungkin awak boleh kurangkan mentega sedikit. 919 01:02:49,599 --> 01:02:54,854 Ini cuma pendapat saya, tapi seseorang mungkin akan rasa ini berminyak 920 01:02:55,521 --> 01:02:58,149 dan markah saya diberikan berdasarkan itu. 921 01:02:58,232 --> 01:02:59,275 Terima kasih. 922 01:03:00,777 --> 01:03:01,861 Cita rasa kami berbeza. 923 01:03:01,944 --> 01:03:05,364 Saya rasa jumlah minyak sebanyak itu sangat tepat. 924 01:03:05,990 --> 01:03:07,533 Tapi secara jujurnya, 925 01:03:08,409 --> 01:03:09,535 saya dah buat kesilapan. 926 01:03:10,036 --> 01:03:11,412 Kesilapan yang sangat besar. 927 01:03:11,996 --> 01:03:14,332 Saya perasan selepas semak semula resipi saya, 928 01:03:15,708 --> 01:03:17,084 saya terlupa letak bawang putih. 929 01:03:18,586 --> 01:03:20,046 Vongole tanpa bawang putih 930 01:03:20,546 --> 01:03:23,174 sama seperti tteokbokki tanpa serbuk cili. 931 01:03:36,020 --> 01:03:39,440 LETAK BAWANG PUTIH SEBELAH JET GAS 932 01:03:40,817 --> 01:03:44,987 BAWANG PUTIH 933 01:03:45,071 --> 01:03:47,573 TIDAK SENTUH LANGSUNG 934 01:03:47,657 --> 01:03:48,783 Saya dah siap. 935 01:03:49,909 --> 01:03:54,372 KEMUDIAN, IA DISIMPAN 936 01:03:58,292 --> 01:04:01,045 Saya dah buat vongole ratusan kali selama 29 tahun 937 01:04:01,128 --> 01:04:03,881 dan saya tak pernah lupa letak bawang putih. 938 01:04:06,259 --> 01:04:07,426 Tapi kenapa hari ini? 939 01:04:08,052 --> 01:04:12,223 Saya pasti cita rasa saya dan Cef Anh berbeza 940 01:04:12,306 --> 01:04:13,724 dan saya fikir saya betul, 941 01:04:13,808 --> 01:04:16,727 tapi saya salah dan Cef Anh yang betul. 942 01:04:17,562 --> 01:04:19,939 Saya dungu kerana terlupa letak bawang putih. 943 01:04:22,066 --> 01:04:23,442 Dia lupa letak bawang putih? 944 01:04:25,486 --> 01:04:26,946 Patutlah saya rasa 945 01:04:27,864 --> 01:04:29,282 macam ada sesuatu yang hilang. 946 01:04:31,784 --> 01:04:34,912 Jadi tempat pertama dalam pertarungan Masak Hidup Anda ialah 947 01:04:35,496 --> 01:04:37,707 Napoli Matfia. 948 01:04:37,790 --> 01:04:39,333 - Tahniah! - Terima kasih. 949 01:04:39,417 --> 01:04:40,710 Tentu awak gembira. 950 01:04:40,793 --> 01:04:42,420 NAPOLI MATFIA MARA KE PUSINGAN AKHIR SERTA-MERTA 951 01:04:43,671 --> 01:04:44,589 Wah. 952 01:04:46,757 --> 01:04:52,889 Apabila saya fikir sendiri, sebagai salah seorang cef terbaik di Korea, 953 01:04:53,472 --> 01:04:59,812 saya gembira kerana saya dapat tunjuk kemampuan saya sepenuhnya dalam misi ini. 954 01:05:01,647 --> 01:05:03,983 Saya akan jadi juara atau dapat tempat kedua di pusingan akhir. 955 01:05:05,443 --> 01:05:06,652 Jadi saya nak jadi juara. 956 01:05:06,736 --> 01:05:08,613 Saya ingin pulang dengan kemenangan. 957 01:05:12,450 --> 01:05:15,995 Sekarang, tinggal satu lagi tempat kosong 958 01:05:16,078 --> 01:05:18,372 di meja peserta terselamat. 959 01:05:21,167 --> 01:05:24,211 Saya akan dapatkan tempat saya sebagai peserta akhir. 960 01:05:24,795 --> 01:05:26,005 Ini kepakaran saya. 961 01:05:26,088 --> 01:05:28,591 Saya cuma perlu buat tanpa sebarang kesilapan. 962 01:05:28,674 --> 01:05:30,134 Saya terpilih antara 100 orang. 963 01:05:30,217 --> 01:05:32,178 Saya tahu saya boleh menang. 964 01:05:32,261 --> 01:05:35,973 Saya akan masuk pusingan akhir dan biar nama saya dikenali. 965 01:05:36,557 --> 01:05:38,225 Tak mungkin saya akan tersingkir. 966 01:05:38,309 --> 01:05:39,727 Saya tahu saya boleh buat dengan baik. 967 01:05:40,227 --> 01:05:41,854 Saya ingin jadi juara. 968 01:05:41,938 --> 01:05:44,565 Saya perlu dan akan dapatkannya. 969 01:05:45,107 --> 01:05:46,692 Siapa cef terbaik? 970 01:05:46,776 --> 01:05:49,987 Itu yang saya mahu tahu dan saya nak buktikannya. 971 01:05:50,488 --> 01:05:54,367 Saya tak tahu siapa akan lawan saya, tapi saya akan hancurkan mereka. 972 01:06:04,293 --> 01:06:07,088 Neraka Memasak Tanpa Penamat. 973 01:06:07,171 --> 01:06:08,923 Saya tak suka namanya. 974 01:06:09,006 --> 01:06:10,925 Ini betul-betul akan jadi neraka. 975 01:06:11,008 --> 01:06:13,010 - Bahan anda akan guna untuk masak - Apa ini? 976 01:06:13,552 --> 01:06:14,971 ialah ****. 977 01:06:15,054 --> 01:06:17,640 - Mari lakukan ini! - Saya rasa nak mati. 978 01:06:18,265 --> 01:06:19,517 Ini sangat meletihkan. 979 01:06:19,600 --> 01:06:20,810 Saya mula jadi gila sedikit. 980 01:06:23,479 --> 01:06:27,066 Cef yang akan menerima ganjaran 300 juta won ialah… 981 01:08:28,479 --> 01:08:33,484 Terjemahan sari kata oleh Nada Zaky