1 00:00:05,922 --> 00:00:09,926 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:12,846 --> 00:00:14,973 PINJAMAN SEGERA SODO 3 00:00:16,224 --> 00:00:18,935 Paderi Yuji, kami dah jumpa kereta Kang Junwon. 4 00:00:21,104 --> 00:00:23,314 Berdekatan pelabuhan di Incheon. 5 00:00:23,398 --> 00:00:27,402 Dia beli rokok dengan kad kredit di kedai runcit dekat pelabuhan itu. 6 00:00:27,485 --> 00:00:30,155 Mesti dia larikan diri dengan menaiki kapal. 7 00:00:30,238 --> 00:00:34,325 Dia pinjam duit daripada lintah darat dan dibebani hutang sebab judi, 8 00:00:34,409 --> 00:00:37,162 kemudian larikan diri ke negara lain, meninggalkan keluarga. 9 00:00:37,245 --> 00:00:39,789 Kenapa manusia tak bertanggungjawab? 10 00:00:39,873 --> 00:00:42,167 Dia patut diheret ke neraka. 11 00:00:43,918 --> 00:00:47,213 Paderi Yuji, kami dah jumpa lokasi pendosa, Kim Yeongseok 12 00:00:47,297 --> 00:00:49,549 yang terima ramalan di pasar raya. 13 00:00:49,632 --> 00:00:51,551 Dia bersembunyi di motel di Cheonan. 14 00:00:53,011 --> 00:00:54,929 Mari ke sana sekarang. 15 00:00:56,431 --> 00:00:57,599 Selamat jalan. 16 00:01:14,032 --> 00:01:15,909 Maknanya saya lahirkan pendosa? 17 00:01:16,993 --> 00:01:17,827 Begitukah? 18 00:01:18,661 --> 00:01:20,371 Sayakah yang bersalah? 19 00:01:24,125 --> 00:01:25,502 Apa patut kita buat? 20 00:01:42,685 --> 00:01:43,645 Junwon. 21 00:01:44,896 --> 00:01:46,564 Apa akan jadi pada awak? 22 00:01:46,648 --> 00:01:48,358 Apa akan berlaku? Apa awak nak buat? 23 00:01:48,441 --> 00:01:52,654 Orang dari Sodo akan uruskan semuanya. 24 00:01:52,737 --> 00:01:55,824 Mereka akan buat saya hilang tanpa jejak. 25 00:02:04,749 --> 00:02:06,042 SODO 26 00:02:08,211 --> 00:02:11,381 TEMPAT PEMUJAAN DEWA YANG DILAKUKAN PADA ZAMAN SAMHAN 27 00:02:11,464 --> 00:02:13,925 SODO 28 00:02:18,096 --> 00:02:19,347 SODO ADA DALAM TEKS SEJARAH 29 00:02:19,430 --> 00:02:21,349 SEPERTI BUKU HAN KEDUA, CATATAN TIGA KUASA… 30 00:02:25,019 --> 00:02:28,356 SODO DIANGGAP KAWASAN SUCI TEMPAT PEMUJAAN DILAKUKAN 31 00:02:28,439 --> 00:02:31,609 DAN PELARIAN YANG MELARIKAN DIRI KE SINI TIDAK BOLEH DITANGKAP 32 00:02:35,905 --> 00:02:36,990 Apa? 33 00:02:37,073 --> 00:02:38,158 Hei, Penerbit Bae… 34 00:02:39,159 --> 00:02:41,870 - Ingatkan awak cuti hari ini. - Ya. 35 00:02:44,205 --> 00:02:47,834 Hei, awak ada dengar? Tentang Junwon. 36 00:02:49,836 --> 00:02:50,753 Kenapa dengan dia? 37 00:02:50,837 --> 00:02:52,505 Rupa-rupanya, Junwon 38 00:02:53,423 --> 00:02:55,425 ketagih berjudi dan berhutang. 39 00:02:55,508 --> 00:02:59,220 Dengar kata, dia menaiki kapal di Incheon untuk lari daripada hutang. 40 00:03:00,430 --> 00:03:02,599 Tak sangka dia akan buat begitu. 41 00:03:03,433 --> 00:03:06,561 Ramai betul orang hilang tanpa jejak kebelakangan ini. 42 00:03:09,731 --> 00:03:12,817 Hei, awak tak berjudi, bukan? 43 00:03:15,320 --> 00:03:16,571 Awak nak ke mana? 44 00:03:22,368 --> 00:03:24,746 - Pendosa Kim Yeongseok. - Ya? 45 00:03:24,829 --> 00:03:27,081 Tolong fokus. 46 00:03:27,749 --> 00:03:30,293 Ceritakan ramalan yang awak terima dengan terperinci. 47 00:03:30,376 --> 00:03:32,962 Sebenarnya… 48 00:03:34,505 --> 00:03:38,384 Isteri saya suruh beli bahan memasak, jadi saya di pasar raya… 49 00:03:38,468 --> 00:03:41,429 Semua orang tahu awak terima ramalan di pasar raya. 50 00:03:41,512 --> 00:03:43,765 Beritahu kami bila ia akan berlaku. 51 00:03:44,557 --> 00:03:46,351 Itu… 52 00:03:47,936 --> 00:03:49,354 Saya di bahagian alkohol 53 00:03:51,064 --> 00:03:53,191 dan malaikat tiba-tiba muncul. 54 00:03:53,274 --> 00:03:55,944 Beritahu kami masa ia akan berlaku. 55 00:03:57,779 --> 00:03:59,697 "Kau akan mati enam hari dari sekarang 56 00:04:01,866 --> 00:04:03,368 pada 5.00 petang." 57 00:04:03,451 --> 00:04:06,496 Enam hari? Bila harinya? Bukankah hari ini? 58 00:04:07,080 --> 00:04:08,998 Tak lama lagi. 59 00:04:09,082 --> 00:04:11,751 Paderi, kita dah tak banyak masa. 60 00:04:11,834 --> 00:04:14,754 Dia dah mengaku dosanya. Tolong bawa dia pergi. 61 00:04:14,837 --> 00:04:16,589 Nak biar ia berlaku di sini? 62 00:04:16,673 --> 00:04:20,343 Kerajaan tak mampu keluarkan duit lagi untuk tempat suci. 63 00:04:20,426 --> 00:04:22,762 Okey, kami faham. Jangan bimbang. 64 00:04:22,845 --> 00:04:25,056 Kami akan bawa dia ke ibu pejabat dan siarkannya. 65 00:04:25,139 --> 00:04:26,849 Kita kesuntukan masa. 66 00:04:26,933 --> 00:04:29,143 Hubungi ibu pejabat untuk buat siaran langsung. 67 00:04:29,227 --> 00:04:31,020 Hubungi keluarga pendosa juga. 68 00:04:31,104 --> 00:04:32,188 Baiklah, tuan. 69 00:04:32,981 --> 00:04:34,315 Cepat bergerak. 70 00:04:34,399 --> 00:04:35,733 Pendosa Kim Yeongseok. 71 00:04:40,571 --> 00:04:41,906 KEDAI DOBI SODO 72 00:04:41,990 --> 00:04:43,366 Di mana awak dapat ini? 73 00:04:45,076 --> 00:04:46,077 Hei, Misuk. 74 00:04:46,953 --> 00:04:49,163 Ada khabar tentang Penerbit Kang? 75 00:04:50,081 --> 00:04:52,208 - Rancangan debat awak itu… - Apa? 76 00:04:52,292 --> 00:04:55,169 - Dia sebut tentang orang hilang. - Ya, kenapa? 77 00:04:55,253 --> 00:04:56,629 Saya nak tengok sekali lagi. 78 00:04:59,257 --> 00:05:03,886 {\an8}Kerajaan mesti menjalankan tugas untuk membantu Tuhan. 79 00:05:03,970 --> 00:05:05,930 - Awak ada nombor dia? - Ya. 80 00:05:06,014 --> 00:05:07,390 Biar saya lihat. 81 00:05:09,642 --> 00:05:11,144 NO. TELEFON GONG HYEONGJUN 82 00:05:11,227 --> 00:05:12,437 Terima kasih, Misuk. 83 00:05:56,105 --> 00:06:02,236 KEBENARAN BARU 84 00:06:02,320 --> 00:06:06,032 PELAKSANAAN HUKUMAN SEDANG BERLANGSUNG 85 00:06:11,037 --> 00:06:14,624 Pengerusi akan naik. Kamera nombor dua, sedia. 86 00:06:16,376 --> 00:06:17,377 Mula. 87 00:06:37,772 --> 00:06:39,440 Pendosa ini, Kim Yeongseok, 88 00:06:39,941 --> 00:06:42,568 telah membuka pusat perjudian haram. 89 00:06:43,069 --> 00:06:45,822 Dia menerima ramalan di pasar raya di depan semua orang. 90 00:06:50,326 --> 00:06:52,537 Walaupun selepas menerima ramalan, 91 00:06:53,037 --> 00:06:56,332 dia memutuskan untuk larikan diri dan bukan mengaku kesalahannya. 92 00:06:59,001 --> 00:07:01,379 Ke mana awak cuba nak lari? 93 00:07:01,462 --> 00:07:02,964 Ke mana? 94 00:07:04,799 --> 00:07:09,345 Awak fikir awak boleh tipu mata Tuhan dan larikan diri daripadanya? 95 00:07:09,929 --> 00:07:10,763 Begitu? 96 00:07:27,738 --> 00:07:28,573 Lihat. 97 00:07:29,407 --> 00:07:31,742 Lihatlah keluarga awak. 98 00:07:33,453 --> 00:07:35,288 Awak akan menghadapi hukuman 99 00:07:36,289 --> 00:07:38,541 di depan keluarga awak 100 00:07:41,169 --> 00:07:43,212 dan semua orang yang menonton. 101 00:07:44,005 --> 00:07:45,756 Terimalah nasib awak. 102 00:07:46,757 --> 00:07:47,884 Okey? 103 00:07:50,303 --> 00:07:52,305 Pengerusi, kita ada 30 saat. 104 00:07:58,728 --> 00:08:03,900 Pergilah ke neraka, pendosa! 105 00:08:11,449 --> 00:08:12,867 Saya tak boleh terima. 106 00:08:14,243 --> 00:08:16,579 Saya bukan buat dosa besar. 107 00:08:16,662 --> 00:08:17,830 Sayang. 108 00:08:18,998 --> 00:08:20,458 Mak… 109 00:08:21,000 --> 00:08:22,543 Saya bukan pendosa. 110 00:08:24,337 --> 00:08:25,838 Tolong selamatkan saya. 111 00:09:17,515 --> 00:09:19,225 Berapa jumlah tontonan? 112 00:09:20,268 --> 00:09:21,102 Sekejap. 113 00:09:21,644 --> 00:09:24,021 Rating tontonan terkini mencapai 89.3 peratus. 114 00:09:31,362 --> 00:09:32,196 Pengerusi… 115 00:09:32,697 --> 00:09:34,907 Saya nak adakan mesyuarat jawatankuasa. 116 00:09:34,991 --> 00:09:37,159 - Ada hal mustahak? - Ya. 117 00:09:38,160 --> 00:09:40,871 Ada isu penting yang ahli jawatankuasa patut uruskan. 118 00:09:40,955 --> 00:09:42,248 Baiklah. 119 00:09:45,501 --> 00:09:48,754 Saya akan adakan mesyuarat sejurus selepas siaran tamat. 120 00:10:13,404 --> 00:10:16,407 Pendosa. 121 00:10:16,490 --> 00:10:18,993 Sebagai orang yang melakukan dosa, 122 00:10:20,119 --> 00:10:23,456 awak patut meringkuk selama-lamanya di dalam neraka 123 00:10:24,040 --> 00:10:29,211 dan bertaubat daripada dosa-dosa awak 124 00:10:29,295 --> 00:10:32,548 berulang kali! 125 00:10:34,508 --> 00:10:36,260 Harap awak akan terseksa 126 00:10:37,178 --> 00:10:40,097 dalam kepanasan api neraka! 127 00:10:51,067 --> 00:10:57,031 UNIVERSITI HANKUK MAJLIS PERMULAAN TAHUN AKADEMIK 2027 128 00:11:11,128 --> 00:11:13,589 SOSIOLOGI, PROFESOR GONG HYEONGJUN 129 00:11:28,729 --> 00:11:29,939 Apa ini? 130 00:11:30,022 --> 00:11:31,107 Menyusahkan betul. 131 00:11:31,649 --> 00:11:33,359 - Lepaskan! - Penerbit Bae. 132 00:11:35,319 --> 00:11:39,156 Bukankah saya suruh awak lupakan apa yang awak saksikan semalam? 133 00:11:44,495 --> 00:11:46,205 Kalau awak beritahu sekarang, 134 00:11:47,081 --> 00:11:50,167 anak perempuan awak tak perlu saksikan hukuman awak nanti. 135 00:11:51,627 --> 00:11:54,213 Pasti anak awak suka melihat daging awak dicarik-carik. 136 00:11:54,296 --> 00:11:55,214 Encik… 137 00:11:56,257 --> 00:11:58,467 Anak saya masih terlalu kecil. 138 00:11:58,551 --> 00:11:59,844 Cakaplah sekarang. 139 00:12:01,637 --> 00:12:02,763 Sebenarnya… 140 00:12:04,390 --> 00:12:05,725 Video saya menerima ramalan 141 00:12:06,600 --> 00:12:08,894 dah tular di Internet dengan pantas. 142 00:12:09,520 --> 00:12:10,771 Jadi saya terus lari. 143 00:12:11,397 --> 00:12:14,734 Entah bagaimana mereka dapat cari saya, tapi mereka hubungi saya. 144 00:12:15,860 --> 00:12:17,862 Siapa yang awak maksudkan? 145 00:12:17,945 --> 00:12:20,197 Organisasi yang khabarnya… 146 00:12:22,032 --> 00:12:23,492 bantu penerima ramalan 147 00:12:23,576 --> 00:12:26,704 hilang tanpa jejak sebelum ditemui Kebenaran Baru. 148 00:12:26,787 --> 00:12:27,747 Apa mereka kata? 149 00:12:28,414 --> 00:12:30,374 Mereka beritahu saya 150 00:12:30,458 --> 00:12:34,128 mereka boleh bantu saya hilang tanpa sesiapa mengetahuinya. 151 00:12:34,211 --> 00:12:35,713 Jadi saya beritahu mereka 152 00:12:36,422 --> 00:12:38,048 saya akan pertimbangkannya. 153 00:12:38,549 --> 00:12:39,925 Tak lama kemudian, 154 00:12:40,968 --> 00:12:44,805 saya jumpa kad nama ini di bilik motel. 155 00:12:44,889 --> 00:12:46,682 KEDAI DOBI SODO 156 00:12:46,766 --> 00:12:47,683 Kebenaran Baru kata 157 00:12:47,767 --> 00:12:49,852 hanya pendosa akan terima hukuman, 158 00:12:49,935 --> 00:12:51,645 tapi itu semua tipu. 159 00:12:52,354 --> 00:12:55,399 Ia lebih kepada fenomena kuasa ghaib yang tak dapat dijelaskan. 160 00:12:55,483 --> 00:12:57,818 Jung Jinsu hanya membesarkan insiden kebetulan ini 161 00:12:57,902 --> 00:12:59,653 dengan mengatakan ia kehendak Tuhan. 162 00:13:00,154 --> 00:13:01,071 Jadi… 163 00:13:02,615 --> 00:13:05,618 maksudnya awak sembunyikan orang yang menerima ramalan? 164 00:13:05,701 --> 00:13:06,702 Ya. 165 00:13:06,786 --> 00:13:09,288 Untuk halang Kebenaran Baru mencapai kehendak mereka 166 00:13:09,371 --> 00:13:11,791 dan melindungi waris daripada dicemuh. 167 00:13:12,374 --> 00:13:14,835 Ini usaha terbaik yang kami boleh lakukan setakat ini. 168 00:13:14,919 --> 00:13:17,171 Macam mana awak cari penerima ramalan? 169 00:13:17,254 --> 00:13:19,298 Kami tak dapat cari semuanya. 170 00:13:19,381 --> 00:13:22,885 Orang yang menerima ramalan di khalayak ramai senang dicari. 171 00:13:23,677 --> 00:13:26,639 Oleh itu, kami perlu cari mereka dulu sebelum Kebenaran Baru. 172 00:13:26,722 --> 00:13:29,433 Selain itu, orang yang menerima ramalan ketika bersendirian 173 00:13:29,517 --> 00:13:31,143 menunjukkan corak sikap yang sama. 174 00:13:31,227 --> 00:13:34,688 Contohnya, carian yang dilakukan selepas menerima ramalan. 175 00:13:35,189 --> 00:13:39,401 Mereka berulang kali cari istilah tertentu dalam aplikasi Kebenaran Baru 176 00:13:39,485 --> 00:13:42,446 dan apabila kami perasan corak ini, kami akan cuba hubungi mereka. 177 00:13:43,656 --> 00:13:45,074 Cara itu berhasil? 178 00:13:45,574 --> 00:13:48,744 Kami gunakan cara licik yang Kebenaran Baru sediakan. 179 00:13:49,787 --> 00:13:51,413 Ahli kami ada di mana-mana. 180 00:13:51,497 --> 00:13:54,416 Polis, syarikat telekomunikasi, syarikat enjin carian… 181 00:13:55,584 --> 00:13:57,545 Termasuklah di stesen televisyen awak. 182 00:13:57,628 --> 00:13:59,880 Pasti ada yang terlibat dalam aktiviti haram. 183 00:13:59,964 --> 00:14:02,383 Kebanyakan mereka ahli keluarga subjek 184 00:14:02,466 --> 00:14:04,552 atau berdendam dengan Kepala Panah. 185 00:14:06,804 --> 00:14:08,931 Bukankah itu terlalu bahaya? 186 00:14:10,975 --> 00:14:13,519 Separuh daripada dunia ini pengikut Kebenaran Baru. 187 00:14:15,938 --> 00:14:19,942 Awak rasa apa Pengerusi Kim Jeongchil akan lakukan kalau dia terima ramalan? 188 00:14:20,985 --> 00:14:22,945 Dia akan cari kami dulu. 189 00:14:23,571 --> 00:14:27,157 Apabila keadaan berubah dan awak yang dihakimi, 190 00:14:28,158 --> 00:14:29,827 awak akan sedar yang manusia 191 00:14:30,995 --> 00:14:33,247 patut miliki hak untuk mati sendirian. 192 00:14:48,470 --> 00:14:53,142 Anak Song Sohyun. 193 00:14:54,727 --> 00:14:57,646 Dalam tiga hari, 194 00:14:58,856 --> 00:15:03,903 pada 9.30 malam, 195 00:15:03,986 --> 00:15:04,904 Tolong saya. 196 00:15:04,987 --> 00:15:06,864 …kau akan ke neraka. 197 00:15:07,448 --> 00:15:11,702 Saya baru nak telefon perempuan itu hari ini. 198 00:15:12,328 --> 00:15:13,412 Perempuan itu? 199 00:15:14,413 --> 00:15:16,248 Saya pasti awak pernah dengar. 200 00:15:19,126 --> 00:15:20,586 Namanya Min Hyejin. 201 00:15:23,881 --> 00:15:26,592 Min Hyejin yang dia kata itu 202 00:15:27,635 --> 00:15:32,765 ialah peguam yang menentang Kebenaran Baru dan hilang beberapa tahun lalu. 203 00:15:33,807 --> 00:15:39,229 Dia bekerja di Firma Guaman Sodo ketika itu. 204 00:15:43,442 --> 00:15:44,318 Okey. 205 00:15:46,487 --> 00:15:47,905 Baiklah. 206 00:15:50,491 --> 00:15:52,660 Ada orang nak jumpa awak. 207 00:15:53,369 --> 00:15:54,536 Tolong ikut saya. 208 00:15:57,247 --> 00:15:58,290 Sodo… 209 00:15:58,374 --> 00:15:59,917 Ingatkan ia cuma khabar angin, 210 00:16:00,501 --> 00:16:03,003 tapi nampaknya Sodo ialah sebuah organisasi 211 00:16:03,087 --> 00:16:06,006 yang menyembunyikan penerima ramalan. 212 00:16:06,090 --> 00:16:07,257 Dan… 213 00:16:09,301 --> 00:16:12,179 Penerbit Kang Junwon yang dikatakan lari ke luar negara, 214 00:16:12,805 --> 00:16:15,516 saya percaya dia pendosa yang telah menerima ramalan. 215 00:16:16,308 --> 00:16:18,185 Saya pasti Sodo merahsiakan kebenaran. 216 00:16:19,103 --> 00:16:23,065 Kamu dah cuba telefon nombor ini? 217 00:16:23,148 --> 00:16:27,861 Ya, sudah. Itu nombor yang diterbitkan dalam talian dan kini tak aktif. 218 00:16:32,950 --> 00:16:34,451 Dia telah menghina Tuhan! 219 00:16:37,287 --> 00:16:41,000 Ini perbuatan menentang Tuhan dengan niat mahu mengalahkannya. 220 00:16:41,083 --> 00:16:44,336 Mereka mahu halang kita bina masyarakat yang lebih baik. 221 00:16:44,420 --> 00:16:46,797 Ini satu pengkhianatan terhadap manusia. 222 00:16:47,965 --> 00:16:50,509 Tangkap mereka semua. 223 00:16:50,592 --> 00:16:52,928 - Guna cara keras dan cepat. - Baiklah. 224 00:16:53,762 --> 00:16:56,223 Saya akan minta kerjasama polis dan panggil paderi… 225 00:16:56,306 --> 00:16:57,975 Apa yang awak merepek? 226 00:16:58,058 --> 00:17:01,437 Kita tak ada masa nak buat permintaan begitu. 227 00:17:02,521 --> 00:17:06,066 Awak fikir kenapa mereka lebih pantas daripada kita? 228 00:17:06,692 --> 00:17:09,111 Sebab kita selalu mengikut peraturan 229 00:17:09,194 --> 00:17:11,697 sedangkan mereka tak kisah pun! 230 00:17:11,780 --> 00:17:15,409 Ini bukan masa untuk fikir apa yang betul apa yang salah. 231 00:17:16,410 --> 00:17:19,329 Buat apa saja yang perlu untuk tangkap mereka. 232 00:17:22,249 --> 00:17:23,083 Pengerusi. 233 00:17:24,001 --> 00:17:25,794 Itu di luar bidang kuasa saya. 234 00:17:35,929 --> 00:17:38,724 Paderi Yuji, mari sini. 235 00:17:42,478 --> 00:17:43,896 Datang lebih dekat lagi. 236 00:17:52,905 --> 00:17:54,448 Paderi Yuji… 237 00:17:56,325 --> 00:17:59,661 dengan kuasa yang diberikan kepada saya sebagai pengerusi Kebenaran Baru, 238 00:17:59,745 --> 00:18:04,875 mulai saat ini, saya berikan awak kuasa sepenuhnya 239 00:18:05,501 --> 00:18:09,338 untuk mengambil sebarang tindakan 240 00:18:09,421 --> 00:18:11,381 untuk hapuskan musuh-musuh Tuhan. 241 00:18:15,844 --> 00:18:18,430 Kuasa untukmu! 242 00:18:23,435 --> 00:18:26,146 Curahkanlah seluruh jiwa dan raga 243 00:18:27,439 --> 00:18:30,234 demi memenuhi kehendak Tuhan. 244 00:18:55,092 --> 00:18:59,513 Hei, tak bolehkah kita buat upacara yang lebih baik? 245 00:19:00,013 --> 00:19:03,308 Sesuatu yang nampak lebih masuk akal dan luar biasa. 246 00:19:04,184 --> 00:19:06,019 Saya akan fikirkannya. 247 00:19:06,103 --> 00:19:07,604 Baiklah, tolong fikirkan. 248 00:19:08,480 --> 00:19:09,690 Aduhai. 249 00:19:14,695 --> 00:19:15,821 Awak okey? 250 00:19:17,364 --> 00:19:18,365 Paderi Sacheong. 251 00:19:18,448 --> 00:19:19,449 Ya. 252 00:19:19,533 --> 00:19:22,578 Hubungi Kepala Panah sekarang dan tanya berapa orang boleh ikut. 253 00:19:22,661 --> 00:19:24,037 Apa? Kepala Panah? 254 00:19:24,121 --> 00:19:25,372 Macam mana saya… 255 00:19:27,791 --> 00:19:29,459 Saya tahu awak kawan mereka. 256 00:19:31,420 --> 00:19:33,672 Awak tak perlu berselindung kali ini. 257 00:19:35,382 --> 00:19:36,383 Baiklah. 258 00:19:44,850 --> 00:19:45,809 Hei, ini saya. 259 00:19:46,476 --> 00:19:48,312 Berapa ramai yang ada sekarang? 260 00:19:50,647 --> 00:19:51,481 Jadi… 261 00:19:54,610 --> 00:19:58,822 awak nak kata makhluk-makhluk asing itu tiada kena-mengena dengan Tuhan? 262 00:20:02,618 --> 00:20:08,040 - Awak percaya benda mengarut itu? - Ramalan itu pula? 263 00:20:10,000 --> 00:20:12,920 Makhluk itu juga sebut nama penerima. 264 00:20:14,171 --> 00:20:16,548 Kita tak tahu jika itu perbuatan Tuhan atau tidak. 265 00:20:17,341 --> 00:20:20,177 Masalahnya Kebenaran Baru mempunyai hak eksklusif 266 00:20:20,260 --> 00:20:23,055 untuk tentukan cara fenomena ini patut ditafsir. 267 00:20:23,555 --> 00:20:25,599 Kalau ini memang perbuatan Tuhan 268 00:20:26,141 --> 00:20:28,894 dan kehendaknya adalah seperti yang Kebenaran Baru katakan, 269 00:20:28,977 --> 00:20:30,771 kita tiada pilihan selain menentang-Nya 270 00:20:30,854 --> 00:20:33,398 sebab itu bermakna Tuhan tak pedulikan manusia. 271 00:20:39,071 --> 00:20:42,366 Ini cuma bencana seperti gempa bumi atau kemalangan. 272 00:20:42,449 --> 00:20:45,244 Ia kecelakaan yang boleh menimpa sesiapa saja. 273 00:20:45,327 --> 00:20:48,455 Ia bukan tentang menghukum atau dihukum. 274 00:20:50,165 --> 00:20:51,875 Anak awak tak berdosa. 275 00:20:52,834 --> 00:20:55,254 Itu fakta yang tiada orang dapat sangkal. 276 00:22:13,165 --> 00:22:16,251 Terima kasih sudi datang, En. Bae. Saya Min Hyejin. 277 00:22:17,627 --> 00:22:18,795 Silakan masuk. 278 00:22:50,702 --> 00:22:53,580 Siapa biar enjin kereta hidup di tempat letak kereta? 279 00:23:02,047 --> 00:23:03,048 Sujeong. 280 00:23:04,466 --> 00:23:05,759 Saya dah balik! 281 00:23:09,554 --> 00:23:10,597 Sujeong! 282 00:23:13,392 --> 00:23:15,227 Apa ini, tak guna? 283 00:23:32,452 --> 00:23:33,286 Diam! 284 00:23:34,704 --> 00:23:36,039 Dia belum mati lagi. 285 00:23:39,918 --> 00:23:41,461 Kejutkan dia! 286 00:23:42,045 --> 00:23:43,046 Bawakan kerusi. 287 00:23:43,130 --> 00:23:44,631 Hei, bangun. 288 00:23:45,549 --> 00:23:47,342 Dari mana awak dapat maklumat? 289 00:23:47,426 --> 00:23:50,387 Seorang detektif di Balai Polis Mapo ahli Kepala Panah. 290 00:23:50,470 --> 00:23:53,640 Dia kata ada lintah darat mengugut isteri Kang Junwon 291 00:23:53,723 --> 00:23:56,017 beberapa hari sebelum dia menghilangkan diri. 292 00:23:56,101 --> 00:23:59,104 Mengutip hutang tak menyalahi undang-undang. 293 00:23:59,187 --> 00:24:01,106 Mereka dilepaskan selepas disoal siasat. 294 00:24:02,232 --> 00:24:05,360 Jelas mereka cuba sembunyikan pelaksanaan hukuman Kang Junwon. 295 00:24:06,695 --> 00:24:08,321 Mesti dia ahli keluarga pendosa. 296 00:24:08,405 --> 00:24:10,282 Ya, dia anak kepada pendosa nombor 16. 297 00:24:10,365 --> 00:24:13,493 Ibunya pinjamkan duit dengan faedah tinggi kepada peniaga di pasar. 298 00:24:13,577 --> 00:24:14,661 Maksud saya… 299 00:24:14,744 --> 00:24:17,038 Macam tak percaya dia masih tak sedar diri 300 00:24:17,122 --> 00:24:19,499 walaupun selepas melihat ibunya diheret ke neraka. 301 00:24:21,001 --> 00:24:24,880 Kita perlukan program lebih baik untuk mendidik anak-anak pendosa. 302 00:24:26,339 --> 00:24:29,885 Dia hanya lintah darat dan tiada siapa peduli kalau dia mati. 303 00:24:30,677 --> 00:24:31,845 Kasihan. 304 00:24:32,471 --> 00:24:35,474 Kami dah sahkan situasi awak. 305 00:24:36,349 --> 00:24:39,060 Rakaman CCTV di hospital juga dah dipadam. 306 00:24:39,686 --> 00:24:40,604 Silakan. 307 00:24:44,649 --> 00:24:48,528 Walaupun Kebenaran Baru tahu, mereka akan cuba sembunyikannya 308 00:24:48,612 --> 00:24:50,780 sebab ia tak mendatangkan faedah kepada mereka. 309 00:24:51,573 --> 00:24:55,243 Mereka akan buat seperti awak dan isteri yang membunuh bayi itu 310 00:24:55,869 --> 00:24:59,206 atau mereka akan cuba rahsiakan kelahiran anak awak. 311 00:25:00,999 --> 00:25:03,835 Tiada konsep dosa asal atau penebusan dalam fahaman mereka. 312 00:25:03,919 --> 00:25:04,753 Oleh itu, 313 00:25:05,795 --> 00:25:09,299 mereka takkan mengaku bayi yang baru lahir boleh dihukum ke neraka. 314 00:25:10,050 --> 00:25:11,843 Bukankah ini semua tak pasti? 315 00:25:14,137 --> 00:25:16,681 Mereka boleh ubah fahaman mereka mengikut keadaan. 316 00:25:16,765 --> 00:25:20,810 Walaupun mereka nampak begitu, mereka ada standard yang jelas 317 00:25:20,894 --> 00:25:22,395 tentang makna dosa. 318 00:25:23,271 --> 00:25:24,105 Betul. 319 00:25:25,649 --> 00:25:28,443 Cuma perbuatan yang boleh dielak dengan usaha dikira dosa. 320 00:25:28,985 --> 00:25:30,695 Tiada konsep dosa asal dan penebusan. 321 00:25:30,779 --> 00:25:33,240 Nafsu seks dan ketamakan bukan dosa bagi mereka. 322 00:25:33,740 --> 00:25:35,075 Kalau mereka melampaui batas, 323 00:25:35,158 --> 00:25:37,244 orang susah nak faham dan ikut agama mereka. 324 00:25:37,327 --> 00:25:38,411 Aduhai. 325 00:25:38,495 --> 00:25:41,998 Dunia yang sempurna di mana tiada orang buat jahat. 326 00:25:42,082 --> 00:25:45,043 Apabila matlamat tak realistik nampak seperti boleh dicapai, 327 00:25:45,126 --> 00:25:48,380 mereka cuba buat manusia saling berjaga-jaga dan hapuskan pendosa. 328 00:25:48,880 --> 00:25:52,467 Ketakutan dan kepuasan pelaksanaan hukuman pendorong sistem mereka. 329 00:25:52,551 --> 00:25:56,638 Sebab itulah mereka perlukan pendosa yang boleh dijadikan contoh setiap masa. 330 00:25:56,721 --> 00:25:59,474 Mereka akan tutup atau ubah kes yang menentang fahaman mereka 331 00:25:59,558 --> 00:26:01,977 dan reka cerita kalau tiada kes sesuai. 332 00:26:03,728 --> 00:26:05,772 Mereka pernah rahsiakan kes? 333 00:26:07,399 --> 00:26:09,985 Orang yang mulakan semua ini dan hilangkan diri. 334 00:26:10,485 --> 00:26:13,238 Awak rasa di mana Pengerusi Jung Jinsu sekarang? 335 00:26:15,031 --> 00:26:17,867 - Saya dengar dia merantau. - Dia dah mati. 336 00:26:19,828 --> 00:26:22,831 Dia terima hukuman di suatu tempat empat tahun lalu. 337 00:26:23,582 --> 00:26:25,333 Dia pun terima hukuman? 338 00:26:29,087 --> 00:26:32,882 Jadi dia buat fahaman palsu selepas dia sendiri menerima ramalan? 339 00:26:32,966 --> 00:26:35,093 - Kenapa dia buat begitu? - Entahlah. 340 00:26:36,219 --> 00:26:39,055 Hidup selama 20 tahun dengan mengetahui tarikh kematian awak 341 00:26:39,139 --> 00:26:42,183 boleh buat manusia jadi gila, betul tak? 342 00:26:43,935 --> 00:26:46,479 Memandangkan dia ada 20 tahun untuk hidup, 343 00:26:46,980 --> 00:26:50,317 dia mahu tafsirkan fenomena ini kepada orang lain. 344 00:26:50,400 --> 00:26:53,737 Jadi awak patut dedahkan kepada dunia. Apa awak buat? 345 00:26:53,820 --> 00:26:57,657 Jung Jinsu dah beri amaran kepada manusia selama 10 tahun ini, 346 00:26:57,741 --> 00:27:01,786 tapi orang tak endahkan amarannya sehinggalah mereka saksikan sendiri 347 00:27:01,870 --> 00:27:04,205 pelaksanaan hukuman Pn. Park Jungja. 348 00:27:07,250 --> 00:27:10,253 Kalau nak orang dengar cakap kami, kami perlu tunjuk 349 00:27:11,212 --> 00:27:13,465 bukti meyakinkan seperti kes Pn. Park. 350 00:27:15,467 --> 00:27:16,426 Apa maksud awak? 351 00:27:20,055 --> 00:27:22,515 Apa yang awak cuba katakan kepada saya? 352 00:27:23,683 --> 00:27:27,187 Kami nak siar pelaksanaan hukuman anak awak secara langsung. 353 00:27:35,570 --> 00:27:36,529 Saya balik dulu. 354 00:27:38,073 --> 00:27:40,158 - Tunggu, En. Bae. - Apa? 355 00:27:42,035 --> 00:27:44,954 Bayi yang tak berdosa menerima ramalan. 356 00:27:45,038 --> 00:27:48,667 Kita perlu beritahu orang supaya dunia ini kembali macam dulu. 357 00:27:48,750 --> 00:27:51,461 Awak rasa saya kisah? Begitu? 358 00:27:51,544 --> 00:27:53,088 Apa kaitannya dengan saya? 359 00:27:53,171 --> 00:27:56,383 Saya ada minta bantuan awak untuk selamatkan dunia ini? 360 00:27:57,425 --> 00:28:01,179 Saya hanya nak lindungi keluarga saya, tahu? 361 00:28:02,180 --> 00:28:04,391 Awak patutnya lebih tahu daripada cakap merepek. 362 00:28:04,474 --> 00:28:06,851 Kenapa bawa saya ke sini ketika cuaca sejuk? 363 00:28:07,352 --> 00:28:09,354 Anak saya akan mati! 364 00:28:11,189 --> 00:28:13,692 Anak saya yang baru lahir menerima ramalan! 365 00:28:15,735 --> 00:28:16,778 Tak guna… 366 00:28:16,861 --> 00:28:20,407 Apa beza awak dan Kebenaran Baru? 367 00:28:21,032 --> 00:28:24,452 Awak fikir ini peluang untuk buktikan teori awak? Begitu? 368 00:28:25,495 --> 00:28:28,998 Awak cuma gunakan kematian anak saya demi kepentingan sendiri. 369 00:28:29,082 --> 00:28:32,252 Awak sama saja dengan mereka! 370 00:28:32,752 --> 00:28:33,920 Tak guna! 371 00:28:38,299 --> 00:28:41,970 Kami akan katakan anak awak yang lahir ke dunia keji ini 372 00:28:42,595 --> 00:28:44,180 mati kemalangan. 373 00:28:44,264 --> 00:28:47,350 Kami akan buatkan anak awak mati dengan sia-sia. 374 00:28:47,851 --> 00:28:51,312 Awak boleh terus buat penggambaran dokumentari Kebenaran Baru. 375 00:28:53,189 --> 00:28:57,277 Kami akan buat apa saja yang awak minta. Hubungi kami apabila awak dah sedia. 376 00:29:02,157 --> 00:29:03,742 Mari pergi. Ayuh. 377 00:29:18,089 --> 00:29:19,132 Dengar sini. 378 00:29:20,091 --> 00:29:23,887 Buka tangan apabila awak dah sedia nak cakap. Faham? 379 00:29:36,024 --> 00:29:39,027 Awak masih dapat bertahan nampaknya. 380 00:29:41,780 --> 00:29:42,739 Pegang ini. 381 00:29:44,574 --> 00:29:46,910 Atau patut saya usik isteri awak? 382 00:29:48,119 --> 00:29:49,621 Jangan bunuh saya. 383 00:29:51,623 --> 00:29:53,500 Sujeong! Tidak! 384 00:29:53,583 --> 00:29:55,043 Dia bukan pendosa. 385 00:29:55,919 --> 00:29:58,254 Dia tak tahu apa pekerjaan suaminya. 386 00:29:58,338 --> 00:30:00,131 Kejahilan juga satu dosa. 387 00:30:01,257 --> 00:30:04,594 - Hei! Berhenti! - Patutkah saya lukis pada mukanya? 388 00:30:04,677 --> 00:30:05,929 Hei! 389 00:30:09,516 --> 00:30:10,892 Ini pasti sakit. 390 00:30:11,893 --> 00:30:13,770 Hei, dia dah buka tangan. 391 00:30:14,354 --> 00:30:16,606 Awak buat perkara yang betul. Tak apa. 392 00:30:19,526 --> 00:30:20,443 Dia beri nama. 393 00:30:20,527 --> 00:30:22,362 - Profesor di Universiti Hankuk. - Ya. 394 00:30:22,445 --> 00:30:24,656 - Minta mereka cari lokasinya. - Okey. 395 00:30:31,704 --> 00:30:35,208 Angin Cik Min mesti tak baik sebab siaran langsung hari ini. 396 00:30:35,959 --> 00:30:38,795 Ini kali pertama kami gagal melindungi 397 00:30:39,462 --> 00:30:41,339 seseorang yang kami dapat hubungi dulu. 398 00:30:42,882 --> 00:30:45,343 Awak nampak parut di kepalanya? 399 00:30:46,010 --> 00:30:49,138 Ia akibat serangan Kim Jeongchil dan Kepala Panah. 400 00:30:49,806 --> 00:30:51,349 Dia hampir mati, 401 00:30:51,891 --> 00:30:54,561 tapi dia diselamatkan oleh siren kereta polis. 402 00:30:55,144 --> 00:30:57,814 Ahli Kepala Panah dulu tak seteruk sekarang. 403 00:30:58,314 --> 00:31:00,984 Jadi dia berjaya diselamatkan, tapi… 404 00:31:02,026 --> 00:31:04,696 dia lebih marah pada dirinya dan bukan mereka. 405 00:31:05,655 --> 00:31:08,908 Dia menyesal sebab gagal hentikan siaran langsung Pn. Park 406 00:31:09,826 --> 00:31:13,580 dan gagal meneka niat sebenar Jung Jinsu. 407 00:31:14,289 --> 00:31:15,540 Dia salahkan dirinya. 408 00:31:16,249 --> 00:31:19,335 Dia rasa bertanggungjawab kerana dunia jadi begini. 409 00:31:20,295 --> 00:31:22,088 Sebab itulah dia nak sangat 410 00:31:22,672 --> 00:31:25,258 ambil peluang untuk menebus kesilapannya. 411 00:31:26,426 --> 00:31:29,554 Dia nak tebus kesilapannya. 412 00:31:32,849 --> 00:31:35,768 - Biar saya hantar awak. - Tak perlu. 413 00:31:38,104 --> 00:31:39,188 Anak saya… 414 00:31:39,939 --> 00:31:41,274 juga menerima ramalan. 415 00:31:46,070 --> 00:31:48,698 Dia tiba-tiba kata nak lihat laut. 416 00:31:58,499 --> 00:32:02,295 Wah! Macam mana ayah jumpa tempat ini? 417 00:32:05,715 --> 00:32:07,675 Dulu mak dan ayah selalu ke sini? 418 00:32:08,176 --> 00:32:09,093 - Betul tak? - Apa? 419 00:32:09,177 --> 00:32:10,136 Itu rahsia. 420 00:32:10,219 --> 00:32:12,805 Gong Yeonjae. 421 00:32:12,889 --> 00:32:17,352 Kau akan diheret ke neraka 422 00:32:17,435 --> 00:32:21,689 dalam masa 30 saat. 423 00:32:23,024 --> 00:32:24,984 Saya tak boleh lupa wajahnya 424 00:32:26,444 --> 00:32:28,237 sepanjang 30 saat itu. 425 00:32:29,739 --> 00:32:32,659 Dia seperti mahu saya terangkan apa yang berlaku. 426 00:32:53,930 --> 00:32:54,889 Ayah. 427 00:32:56,140 --> 00:32:57,433 Tolong saya. 428 00:32:58,977 --> 00:33:00,770 Yeonjae! 429 00:33:20,081 --> 00:33:21,332 Awak tahu 430 00:33:22,834 --> 00:33:26,587 perasaan saya lihat mayat anak saya dicarik-carik dengan kejam? 431 00:33:30,508 --> 00:33:31,509 Saya lega… 432 00:33:34,804 --> 00:33:36,889 sebab tak ada orang melihatnya. 433 00:33:40,935 --> 00:33:43,604 Itu yang saya rasa pada saat yang dahsyat itu. 434 00:33:46,065 --> 00:33:47,150 En. Bae… 435 00:33:48,526 --> 00:33:51,779 awak rasa kematian anak saya kemalangan atau pembalasan? 436 00:33:55,408 --> 00:33:58,536 Saya anggap kematiannya sebagai kemalangan mengerikan. 437 00:34:00,288 --> 00:34:02,373 Saya mahu kenang nasib malang ini 438 00:34:02,957 --> 00:34:06,753 sebagai sekadar nasib malang. 439 00:34:09,630 --> 00:34:10,715 Saya bersimpati 440 00:34:11,591 --> 00:34:14,302 atas nasib malang yang menimpa keluarga awak. 441 00:34:15,845 --> 00:34:19,348 Juga, maafkan saya kerana tak katakannya terlebih dahulu. 442 00:35:17,115 --> 00:35:19,492 Mari sini. 443 00:35:20,785 --> 00:35:22,328 Kenapa? 444 00:36:07,331 --> 00:36:08,791 PENGADILAN 445 00:36:10,626 --> 00:36:11,502 Hei. 446 00:36:12,086 --> 00:36:13,087 Itu dia, bukan? 447 00:36:14,088 --> 00:36:15,047 Dia dah mati? 448 00:36:15,965 --> 00:36:17,216 Pecahkan tingkap. 449 00:36:22,889 --> 00:36:25,558 Mari keluar. 450 00:36:42,325 --> 00:36:43,409 Youngjae. 451 00:36:44,452 --> 00:36:48,164 Awak nampak mak saya ketika pengebumian ayah, bukan? 452 00:36:50,791 --> 00:36:54,921 Dia curang dengan ayah saya dan tinggalkan saya ketika saya lima tahun. 453 00:36:56,380 --> 00:36:58,382 Selepas ayah saya meninggal dunia, 454 00:36:59,592 --> 00:37:01,928 saya hubungi dia dan tunggu dia datang. 455 00:37:04,639 --> 00:37:06,349 Awak tahu apa saya bayangkan? 456 00:37:09,477 --> 00:37:11,562 Saya ingat dia akan pegang tangan saya 457 00:37:13,814 --> 00:37:15,608 dan minta maaf. 458 00:37:16,734 --> 00:37:18,361 Dan kata dia rindukan saya. 459 00:37:19,362 --> 00:37:21,989 Saya sangka dia akan menangis dan minta maaf. 460 00:37:24,825 --> 00:37:27,328 Saya akan pura-pura marah dengannya sekejap 461 00:37:29,664 --> 00:37:31,999 dan menangis dalam pelukannya. 462 00:37:35,086 --> 00:37:36,504 Itu yang saya bayangkan. 463 00:37:38,589 --> 00:37:40,132 Tapi tahu apa dia kata? 464 00:37:42,385 --> 00:37:43,970 Dia tak puas hati 465 00:37:45,805 --> 00:37:48,057 kerana semasa bercerai dengan ayah, 466 00:37:48,140 --> 00:37:50,226 dia tak dapat alimoni yang cukup. 467 00:37:54,105 --> 00:37:56,524 Dia tanya berapa banyak yang saya warisi. 468 00:37:58,484 --> 00:38:00,778 Dia berkeras mahukan bahagiannya. 469 00:38:03,197 --> 00:38:05,491 Dia tak jumpa saya selama 30 tahun, 470 00:38:07,868 --> 00:38:11,414 tapi dia tak tanya langsung khabar saya. 471 00:38:13,874 --> 00:38:15,835 Tak semua ibu baik. 472 00:38:17,712 --> 00:38:19,714 Apa gunanya berdendam dengannya? 473 00:38:21,340 --> 00:38:22,758 Betul. 474 00:38:24,635 --> 00:38:27,388 Tapi kenapa dia jadi mak saya? 475 00:38:29,015 --> 00:38:31,517 Kenapa manusia teruk begitu jadi mak saya? 476 00:38:33,477 --> 00:38:35,646 Apabila saya hamil, saya selalu kata 477 00:38:36,731 --> 00:38:38,107 yang saya akan 478 00:38:40,151 --> 00:38:42,862 jadi ibu yang penyayang seperti dalam drama TV 479 00:38:44,572 --> 00:38:46,490 sebab saya tak seperti mak saya. 480 00:38:48,701 --> 00:38:52,830 Saya nak anak kita membesar dengan penuh kasih sayang. 481 00:38:54,540 --> 00:38:56,876 Saya nak anak kita hidup normal. 482 00:39:02,757 --> 00:39:03,966 Tapi sekarang, 483 00:39:07,553 --> 00:39:09,138 bagi saya, dia mengerikan. 484 00:39:12,391 --> 00:39:15,019 Syaitan apa yang hidup dalam tubuh kecil itu? 485 00:39:16,979 --> 00:39:19,774 Kenapa dia dapat ramalan sebaik saja dilahirkan? 486 00:39:25,529 --> 00:39:27,865 Youngjae, agaknya saya dah hilang akal. 487 00:39:31,035 --> 00:39:34,663 Saya tak boleh berhenti berfikir tentangnya. 488 00:39:35,873 --> 00:39:37,416 Setiap kali saya terfikir, 489 00:39:39,377 --> 00:39:42,380 saya tak dapat elak daripada membenci diri sendiri. 490 00:39:47,718 --> 00:39:48,552 Sohyun. 491 00:39:51,305 --> 00:39:53,140 Saya ada jumpa orang. 492 00:39:56,852 --> 00:39:57,978 Mereka kata 493 00:39:59,814 --> 00:40:02,316 mereka nak siarkan pelaksanaan hukuman anak kita. 494 00:40:04,360 --> 00:40:05,319 Apa? 495 00:40:06,529 --> 00:40:08,572 Memandangkan anak kita tiada dosa, 496 00:40:10,866 --> 00:40:12,410 mereka boleh buktikan… 497 00:40:15,955 --> 00:40:19,375 Kebenaran Baru menipu dengan menyiarkan pelaksanaan hukuman itu. 498 00:40:23,421 --> 00:40:24,964 Itu yang mereka cadangkan. 499 00:40:27,341 --> 00:40:28,801 Kalau kita tak setuju? 500 00:40:29,760 --> 00:40:31,679 Mereka akan kata dia kemalangan. 501 00:40:33,722 --> 00:40:35,266 Pilihan di tangan kita. 502 00:40:48,404 --> 00:40:50,489 Tak apa. Kita masih ada masa. 503 00:40:52,992 --> 00:40:56,620 Saya pasti awak akan beritahu kami semuanya. 504 00:40:59,790 --> 00:41:01,500 Hei, bedebah itu dah bangun. 505 00:41:03,544 --> 00:41:05,004 Awak boleh periksa dia. 506 00:41:07,506 --> 00:41:08,424 Profesor! 507 00:41:09,633 --> 00:41:10,968 Tak guna. 508 00:41:11,051 --> 00:41:13,304 Akhirnya awak bangun, Profesor Gong. 509 00:41:13,971 --> 00:41:15,139 Pentaasub tak guna. 510 00:41:16,432 --> 00:41:17,266 Baiklah. 511 00:41:18,184 --> 00:41:19,059 Teruskanlah. 512 00:41:19,560 --> 00:41:20,769 Teruskanlah! 513 00:41:22,605 --> 00:41:26,984 Kami takkan tanya apa-apa, jadi janganlah berharap. 514 00:41:28,402 --> 00:41:30,946 Kami dah dapat banyak maklumat daripada dia. 515 00:41:35,910 --> 00:41:36,952 Hyeongjun. 516 00:41:37,036 --> 00:41:38,162 Geunbae. 517 00:41:39,163 --> 00:41:41,540 Tak guna! 518 00:41:42,374 --> 00:41:44,919 Dia tak tahu apa-apa! Tak tahu apa-apa! 519 00:41:45,002 --> 00:41:46,504 Tanya saya saja. 520 00:41:46,587 --> 00:41:48,631 Diamlah, bedebah! 521 00:41:49,423 --> 00:41:52,092 Awak tak perlu kata apa-apa. 522 00:41:53,219 --> 00:41:54,512 Kami hanya perlukan… 523 00:41:58,182 --> 00:41:59,391 dia… 524 00:42:00,392 --> 00:42:01,519 dan kereta awak. 525 00:42:01,602 --> 00:42:04,313 Kami hanya perlu rekod dalam sistem navigasi awak 526 00:42:04,396 --> 00:42:06,524 yang menunjukkan ke mana awak pergi. 527 00:42:07,358 --> 00:42:08,192 Apa? 528 00:42:09,860 --> 00:42:11,737 Tunggu. Tunggu sekejap. 529 00:42:12,321 --> 00:42:13,614 Hapuskan dia. 530 00:42:14,490 --> 00:42:16,116 Tunggu. Tunggu dulu! 531 00:42:16,200 --> 00:42:18,118 - Apa awak buat? - Lepaskan saya! 532 00:42:18,702 --> 00:42:21,247 Lepaskan saya! Hei, dengar cakap saya. 533 00:42:21,830 --> 00:42:25,292 Tolonglah! Bunuhlah saya, tapi tolong dengar dulu. 534 00:42:25,376 --> 00:42:26,794 Tidak! Tak guna! 535 00:42:26,877 --> 00:42:27,878 Hei, dengar. 536 00:42:27,962 --> 00:42:29,880 - Hyeongjun! - Kamu dah ditipu. 537 00:42:29,964 --> 00:42:31,131 Tak guna! 538 00:42:31,215 --> 00:42:33,217 - Kamu ditipu - Berhenti, tak guna! 539 00:42:33,300 --> 00:42:36,512 oleh Kim Jeongchil dan Jung Jinsu. 540 00:42:37,096 --> 00:42:38,180 Tak guna. 541 00:42:38,264 --> 00:42:42,142 Saya tak kisah kalau saya mati, tapi dengarlah dulu! 542 00:42:42,226 --> 00:42:43,310 - Hei! - Hyeongjun! 543 00:42:43,394 --> 00:42:46,355 - Bodoh! Dengar dulu! - Selamat jalan. Tutup pintu. 544 00:42:46,438 --> 00:42:47,898 Lepaskan Geunbae! 545 00:42:47,982 --> 00:42:49,358 Tak guna! 546 00:42:49,441 --> 00:42:51,735 Dengar dulu! 547 00:43:22,057 --> 00:43:25,603 Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan… 548 00:43:50,127 --> 00:43:52,296 Semua keluar. Cari betul-betul! 549 00:44:03,474 --> 00:44:04,725 Bergerak sekarang! 550 00:44:06,352 --> 00:44:07,770 Paderi Sacheong. 551 00:44:08,354 --> 00:44:11,315 Awak tak boleh dilihat bersama mereka dengan uniform itu. 552 00:44:12,274 --> 00:44:13,525 Oh, ya. 553 00:44:16,779 --> 00:44:17,905 Bedebah itu semua… 554 00:44:19,990 --> 00:44:21,075 Lari! 555 00:44:27,748 --> 00:44:29,458 Cari betul-betul dari sini. 556 00:44:29,541 --> 00:44:30,584 Baik! 557 00:44:40,177 --> 00:44:41,345 Tak guna! 558 00:44:44,348 --> 00:44:46,684 - Di sini! Dia naik ke atas! - Lari! 559 00:44:48,060 --> 00:44:49,770 - Tangga ada di sini. - Cepat! 560 00:44:49,853 --> 00:44:51,146 Naik! 561 00:44:51,230 --> 00:44:52,398 Hei, di sana! 562 00:44:52,481 --> 00:44:53,565 Tangkap dia! 563 00:44:53,649 --> 00:44:54,608 Di mana? 564 00:44:55,734 --> 00:44:57,236 Ikut sinilah, bodoh! 565 00:45:00,906 --> 00:45:03,033 Tak boleh diharap. 566 00:45:05,786 --> 00:45:07,246 Semuanya bodoh. 567 00:45:07,996 --> 00:45:09,832 Saya dah kata dia lalu sini! 568 00:45:09,915 --> 00:45:12,334 - Cepat bergerak! - Bodoh! 569 00:45:24,471 --> 00:45:25,556 Tangkap dia! 570 00:45:37,151 --> 00:45:38,235 Cepat! 571 00:46:13,479 --> 00:46:14,813 Di sini! Tangkap dia! 572 00:46:16,106 --> 00:46:17,107 Di mana dia? 573 00:46:29,745 --> 00:46:30,829 Tak guna. 574 00:46:31,371 --> 00:46:33,248 Bangun. Bangun sekarang. 575 00:46:33,332 --> 00:46:35,501 Gembira bertemu, Cik Min Hyejin. 576 00:46:45,219 --> 00:46:46,386 - Hei! - Di sana! 577 00:46:49,807 --> 00:46:51,141 - Kenapa? - Awak okey? 578 00:46:51,850 --> 00:46:53,060 - Apa? - Apa terjadi? 579 00:46:53,143 --> 00:46:54,061 Kejar dia. 580 00:46:54,144 --> 00:46:56,355 - Awak okey? - Ke mana dia pergi? 581 00:46:56,438 --> 00:46:57,564 - Cari dia! - Tuan! 582 00:47:18,669 --> 00:47:23,882 KIM GEUNBAE, SI PENENTANG TUHAN GONG HYEONGJUN, SI PENENTANG TUHAN 583 00:48:37,205 --> 00:48:38,457 Berita gempar. 584 00:48:38,540 --> 00:48:43,003 Polis sedang melakukan siasatan selepas dua mayat rentung ditemui 585 00:48:43,086 --> 00:48:45,172 di gerbang utama Universiti Hankuk. 586 00:48:45,255 --> 00:48:48,175 Wartawan kami di lokasi ada maklumat lanjut. 587 00:48:48,258 --> 00:48:50,302 Liputan dari tempat kejadian. 588 00:48:50,385 --> 00:48:51,595 Pada 6.00 pagi tadi, 589 00:48:51,678 --> 00:48:55,933 dua mayat rentung ditemui di depan gerbang Universiti Hankuk 590 00:48:56,016 --> 00:48:58,018 {\an8}menyebabkan orang ramai terkejut. 591 00:48:58,101 --> 00:48:59,686 {\an8}Salah satu mayat dikenal pasti 592 00:48:59,770 --> 00:49:03,231 {\an8}sebagai Profesor Gong Hyeongjun, profesor di universiti ini 593 00:49:03,315 --> 00:49:05,525 dan polis memulakan siasatan berhubung kes ini. 594 00:49:06,193 --> 00:49:10,781 Profesor Gong baru-baru ini muncul dalam pelbagai program isu terkini 595 00:49:10,864 --> 00:49:16,578 dan telah mendapat perhatian ramai, membuatkan kematiannya lebih mengejutkan. 596 00:49:17,496 --> 00:49:20,958 Mayat-mayat ini rentung dan tak dapat dikenal pasti. 597 00:49:21,041 --> 00:49:25,087 Tetapi tanda yang tergantung di leher mangsa 598 00:49:25,170 --> 00:49:29,091 bantu polis mengenal pasti mereka sebagai Profesor Gong dan En. Kim 599 00:49:29,174 --> 00:49:31,760 {\an8}dan siasatan menyeluruh telah dimulakan. 600 00:49:32,636 --> 00:49:35,555 Pendosa, Gong Hyeongjun mempunyai dua kehidupan. 601 00:49:35,639 --> 00:49:37,849 Dia ada organisasi rahsia iaitu Sodo. 602 00:49:37,933 --> 00:49:41,645 Dia telah sembunyikan orang-orang yang menerima ramalan. 603 00:49:41,728 --> 00:49:44,940 Dia menyeru pelaksanaan hukuman Tuhan sebagai kemalangan biasa 604 00:49:45,023 --> 00:49:48,735 dan menyeleweng mesej Tuhan kepada manusia. 605 00:49:49,820 --> 00:49:54,074 Kami, Kepala Panah, telah laksanakan hukuman Tuhan terhadapnya. 606 00:49:54,157 --> 00:49:57,619 Kebenaran Baru dan semua yang menonton harus ambil iktibar. 607 00:49:57,703 --> 00:50:00,872 Sesiapa yang menentang Tuhan atau menghalang mesejnya 608 00:50:00,956 --> 00:50:03,166 akan dihukum atas perbuatan mereka. 609 00:50:03,250 --> 00:50:06,253 Kami, Kepala Panah, mengesahkan bahawa ketua Sodo, 610 00:50:06,336 --> 00:50:08,714 organisasi rahsia yang menentang Tuhan, 611 00:50:08,797 --> 00:50:13,468 ialah Min Hyejin yang pernah bekerja sebagai peguam di Firma Guaman Sodo. 612 00:50:18,223 --> 00:50:21,309 EJEN HARTA TANAH SODO 613 00:50:29,151 --> 00:50:29,985 Helo? 614 00:50:30,068 --> 00:50:31,570 Awak dah lihat berita? 615 00:50:31,653 --> 00:50:33,488 Ya. Awak tak apa-apa? 616 00:50:33,989 --> 00:50:35,991 Awak dah berbincang dengan isteri? 617 00:50:36,908 --> 00:50:39,327 Ya, tapi kami masih belum buat keputusan. 618 00:50:39,411 --> 00:50:41,747 Macam yang awak tahu, masa dah suntuk. 619 00:50:41,830 --> 00:50:45,292 Kami mungkin tak dapat tolong kalau awak tak buat keputusan cepat. 620 00:50:45,375 --> 00:50:48,170 - Awak di mana sekarang? - Saya di tempat kerja. 621 00:50:48,879 --> 00:50:50,589 Isteri dan anak awak di mana? 622 00:50:51,840 --> 00:50:52,758 Di rumah. 623 00:50:52,841 --> 00:50:56,178 Awak patut bersama mereka. Situasi ini sangat serius. 624 00:50:57,387 --> 00:50:59,014 Awak pasti mereka di rumah? 625 00:51:29,002 --> 00:51:35,884 KEBENARAN BARU 626 00:53:21,364 --> 00:53:26,036 Terjemahan sari kata oleh Rozailina Othman